Keranda itu menggunakan reka bentuk yang jarang digunakan bergelar 'Promethean', dibuat daripada gangsa tulen tetapi disadur emas 14 karat, bercermin dan dihiasi baldu.

Skrin gergasi di luar stadium akan menyiarkan upacara di dalam kepada sekitar sejuta orang yang dijangka berhimpun untuk memberikan penghormatan bermula jam 10 pagi waktu tempatan. Upacara turut menampilkan persembahan daripada lagenda muzik dan lakonan serta dibuka dengan perarakan haiwan sarkas termasuk harimau dan gajah. Jurucakap sarkas berkata, upacara peringatan itu bakal menjadi 'pertunjukan paling hebat di dunia', ayat sama digunakan Jackson pada 2002 apabila ditanya mengenai upacara pengebumiannya. Ketika itu Jackson menjawab: "Ia akan menjadi pertunjukan paling hebat di dunia. Itu yang saya mahukan. Bunga api dan semuanya."
Antara tetamu dunia hiburan yang dijangka hadir majlis memperingati itu termasuk Diana Ross, Elizabeth Taylor dan Paul McCartney. Selepas majlis itu, upacara persendirian akan diadakan di tanah perkuburan Forest Lawn di Hollywood yang cuma dihadiri keluarga dan rakan rapat penyanyi itu.
No comments:
Post a Comment