Wednesday, August 26, 2009

One Malaysia @ Oblique

Celebrating Malaysia 52th National Day, OBLIQUE presents "ONE MALAYSIA" party from 28th - 30th August 2009 that dedicated to all the clubbers who are support and enjoy partying in OBLIQUE.

4 Talented Top Circuit DJs(KING) DJ LOUIS T & (QUEEN) DJ PRINCESS ANN plus dj VIC C and dj ADAM S,3 fabulous Showtime 2 type of limited cd's 2009 for 2 main event partyLucky draw cash voucher Rm50 - Rm200 for spending Rm200 and above.

#FACEBOOK MEMEBER PLS CALL 0123955885 ON FRIDAY N SATURDAY 4PM TO 8PM TO GET FREE ENTRY ALL 9 LG ON 29TH AND 30TH EVENT...LIMITED FOR 100 GUEST LIST ONLY

#DONT MISS THIS 3 EXCITING LIMITED PARTY 2009...N TRY TO COME EARLY TO AVOID LONG QUEUE N GET A BETTER SEAT

* No Drugs, No Under Age ,No slipper or hot shorts allowed. ID required, Let's party with responsibility n thanks for cooperation :)See U Guys ! Happy National Day

KINDLY RSVP PLS CONTACT FRANCIS 012 395 5885
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
DATE : 28th AUG (FRIDAY)DJ's : DJ PRINCESS ANN & DJ ADAM SSHOW : Special Showtime (sexy mania boy dancers)COVER : FREE ENTRANCE B4 Midnite, thereafter Rm20 *SHOW FRIDAY TICKET TO GET FREE ENTRY ON SATURDAY "WILD" PARTY

DAY II : "WILD" PARTY
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
DATE : 29th AUG (SATURDAY)DJ's : DJ LOUIS T & DJ VIC CSHOW : Special Showtime (diamond diva show)COVER : RM 25 B4 midnight, thereafter Rm30*100 pcs august edition cds by Dj LOUIS T

DAY III : "INDEPENDENCE" PARTY
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
DATE : 30th AUG (SUNDAY)DJ's : DJ PRINCESS ANN & ADAM SSHOW : Special Showtime (attractive lighting boyz show)COVER : RM25 B4 midnight, thereafter Rm30*100 pcs "Diva Nation" cds by DJ PRINCESS ANN*Special COUNTDOWN by 12.00AM

See You There~!

Sahur,Pengacara SB,Puasa,1Malaysia..

Hmmm...panjang betul subjek kat atas tu kan? Itu lah...banyak sangat nak beritahu semua pendengar setia ERA!Ok, mula-mula nak citer pasal Sehati Berdansa. Esok, 4 petang Burn akan menemubual Fahrin dan 'pengacara baru' SB...nak tahu siapa kena la dengar ERA petang esok...on the way pergi Bazar Ramadhan tu, boleh lah dengar ye?52 Lagu 1Malaysia - Sempena menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-52 pada tahun ini, kami mengalu-alukan permintaan lagu-lagu buatan Malaysia di ERA! Kami akan memainkan lagu-lagu permintaan anda tersebut pada malam 30 Ogos 2009 dan juga akan ada ulangan pada 31 Ogos 2009! Klik http://www.era.fm/webpromo/52lagu1malaysia/ untuk menghantar permintaan.
Nak SAHUR bersama RAY & DINA? SEMANGAT! Taip JOM dan hantar ke 32555 dan jawablah beberapa soalan mudah mengenai Ray, Dina atau Malam ERA! 3 pemenang yang mendapat jumlah markah tertinggi akan kami hubungi untuk dijemput bersahur bersama Ray & Dina dan juga seorang teman. RM0.50 akan dicaj untuk setiap SMS diterima tau! Terima kasih kepada The Federal Hotel, Kuala Lumpur!Nak BERBUKA PUASA bersama BINTANG-BINTANG AF7? Boleh je...sertailah kami berbuka puasa bersama Finalis AF7 di The Federal Hotel Kuala Lumpur. Taip AF7 dan hantar ke 32555 dan jawab soalan-soalan mudah mengenai AF7. 3 pemenang yang mendapat jumlah markah tertinggi akan kami hubungi untuk dijemput ke Majlis Berbuka Bersama Finalis AF7 bersama seorang teman.
Ada banyak lagi yang kami nak beritahu anda. Ah..tak pe, sehari dua lagi kami akan kembali sendatkan inbox anda ni ok?Selamat Menjalani Ibadah Puasa!
Geng 1ERA

Sehati Berdansa Musim Baru

Ok. Berita terkini. Sehati Berdansa akan memulakan musim baru tak lama lagi. Tentu sekali katanya pengacara masih Fahrin Ahmad dan....ha! Ada pengacara baru ke musim ni? Atau...Fahrin akan terus bergandingan dengan si dia...'bekas-teman tapi mesra'-nya seperti musim-musim yang lepas dan pihak penerbitan SB masih nak kekalkan pengacara-pengacara lama mereka?
Uisshhhh...kontroversi!Tak ada pengacara yang baru ke? Atau ADA yang baru? Eh...yang lama nak di'pencenkan' dah ke? GIMIK kot? Haihh...ADA ke TAK ADA ni?Pening jugak kepala meneka-neka siapakah pengacara-pengacara Sehati Berdansa musim baru ni kan?Huhuhu! Tak payah peninglah! Esok kami akan korek rahsia tu sampai dapat!
Kalau dengan BURN, sure dapat korekkkkkk dan pecah rahsia tu punyer!Nak tahu apa perkembangan dan apa cerita-cerita yang korang 'mesti tahu dan dengar' di sebalik tabir Sehati Berdansa yang sentiasa kontroversi tu? Haaa...jangan lupa dengar ERA esok bermula jam 4 petang bersama Burn! Ingat, esok 27 Ogos 2009 - dengar ERA (klik http://www.era.fm/@era/frekuensi/default.asp untuk frekuensi), bermula jam 4 petang!Janji tau?

Thursday, August 13, 2009

Hot FM Jatuh No.3

Hot FM ada agenda mantapkan kedudukan "KITA tak perlu risau apa yang stesen radio lain buat, sebaliknya, yang perlu jadi keutamaan ialah apa yang kita mahu rancang dan laksana bagi terus memantapkan kedudukan radio naungan Media Prima Berhad," kata Ketua Pegawai Operasi Hot FM, Seelan Paul mengenai faktor kekuatan dan kelemahan stesen radio milik syarikat itu. Seelan ditemui Hip pada malam meraikan media dipanggil Flying Hot Media Pool Party yang diadakan di Hotel Impiana, KLCC baru-baru ini. Malam itu bukan saja stesen radio Hot FM yang bertindak sebagai tuan rumah, sebaliknya ia turut disertai dua lagi stesen radio naungan Media Prima, Fly FM dan One FM.

Majlis tradisi yang sering diadakan syarikat tertentu dalam menghargai pihak media itu sebenarnya lebih kepada meraikan simbolik Hot FM yang sekali lagi berjaya mengekalkan kedudukan sebagai stesen radio nombor satu negara bagi kategori pendengar di bawah lingkungan umur 35 tahun. Selain kejayaan Hot FM, kajian dikeluarkan AC Nielsen Jun lalu juga menunjukkan Rangkaian Radio Media Prima lain iaitu Fly FM dan One FM turut mencatatkan kedudukan yang kukuh dalam pasaran masing-masing. Fly FM menunjukkan kenaikan 70 peratus pendengar, sementara stesen radio bahasa Cina, One FM berjaya memenangi hati 300,000 pendengar dalam tempoh enam minggu bersiaran. Bagaimanapun, secara keseluruhannya, Hot FM terutamanya jatuh ke tangga ketiga selepas dipintas Sinar FM. Radio Era masih unggul di tangga pertama. Sebelum ini, Hot FM di tangga kedua. Menurut Seelan, pihaknya tidak menafikan fakta kejatuhan stesen radio Hot FM dan melihat persaingan ini sebagai sesuatu yang sihat.

KETUA pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar dan Seelan Paul sempat mengusik ketika memberikan ucapan di pentas.
“Kami di Media Prima Berhad sentiasa mengalu-alukan persaingan sesama stesen radio di negara kita. Kepelbagaian dan variasi yang ditawarkan stesen radio sebenarnya memberi banyak pilihan kepada pendengar. Malah sejak awal kemunculan Hot FM lagi dari 2006, kita sudah berdepan dengan persaingan terbuka dalam menyesuaikan diri sebagai stesen radio baru ketika itu. “Istilah persaingan ini yang sebenarnya membuatkan kita tidak boleh terlalu selesa dengan kedudukan yang dimiliki. Salah percaturan dan silap hari bulan, kita akan jatuh terduduk. Namun dalam bidang ini, soal turun naik menjadi lumrah. Lalu, semuanya bergantung kepada kita untuk terus menjadi lebih inovatif dan kreatif,” kata Seelan Paul. Kata Seelan lagi, 2009 menunjukkan lonjakan yang baik buat Hot FM sendiri. Malah katanya komitmen yang ditunjukkan deretan penyampai radio di samping pihak pengurusan menjadi nadi kepada kekuatan dalaman stesen radio itu. Segmen kendalian Faizal Ismail dan Fara Fauzana iaitu AM Krew juga masih mengekalkan posisi sebagai rancangan pagi nombor satu Malaysia. “Perubahan kandungan akan dibuat daripada semasa ke semasa. Malah kita juga akan terus merangka aktiviti yang boleh terus mendekatkan Hot FM dengan pendengar. Sebagai contohnya siri jelajah Hot FM Le Tour De Gerai yang berakhir bulan lalu. Kami akan cuba buat perkara yang lebih inovatif untuk menarik minat pendengar.

“Berdasarkan kajian yang kami lakukan, tidak akan ada rombakan membabitkan penyampai radio lagu buat masa sekarang. Tiada orang baru lagi selepas Kieran menyertai Hot FM sejak November tahun lalu. Gandingan Kieran dan AG untuk slot Jawa Rangers juga menunjukkan perkembangan yang baik. Begitu juga dengan Hot FM Zone yang dikendalikan Anne serta Ikhwan dan Menu Muzik Hot FM kendalian Leya dan Tini,” katanya. Seiring dengan perkembangan teknologi dan kemunculan media baru, Hot FM juga tidak ketinggalan mempraktikkan apa saja kemudahan yang boleh memberi keuntungan dan manfaat kepada pendengar. Kata Seelan, sejak setahun lalu lagi, Hot FM sudah mula mengintai dan cuba meneroka pasaran baru memberi variasi kepada cara stesen radio itu dapat didengari. “Dengan kemudahan yang kita kecapi sekarang, selain menggunakan TV (seperti siaran AM Krew di 8TV), kita juga boleh mengintegrasikan radio dan online (internet) serentak. Lalu di sini, bukan saja elemen audio yang dipentingkan, aspek video juga memainkan peranan penting. Ia adalah satu revolusi yang boleh menjadi satu penanda aras. Ini juga sebagai usaha untuk memastikan impak peranan radio itu lebih besar skopnya,” katanya. Malam media itu turut mempersembahkan nyanyian daripada penyampai radio Fly FM, Hunny Madu dan kekasih hati Zahid, Nita yang bakatnya dicungkil daripada pertandingan realiti Malaysian Idol. Seperti biasa, acara cabutan bertuah diadakan menawarkan hadiah menarik seperti TV, telefon bimbit, komputer riba dan baucar pembelian minyak kereta.

Tuesday, August 11, 2009

Sinar FM Semakin Menyerlah

30,000 panaskan Konsert R&R Sinar di Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang TIADA yang baru, pastinya tiada yang lama namun nostalgia lagu retro dan rock di awal tahun 70-an dan 80-an masih segar dalam ingatan pencinta muzik tanah air namun Konsert R&R Sinar di Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang baru-baru ini menjadi bukti segalanya. Kehadiran lebih 30,000 pendengar stesen radio SinarFm yang sanggup berkumpul seawal jam 5 petang bagi tidak melepaskan peluang menyaksikan konsert istimewa sebagai menghargai pendengar setia stesen radio popular No.2 negara.

Pujian dan jutaan terima kasih harus diberikan kepada warga Pulau Pinang termasuk yang datang dari Kedah, Perak dan Perlis biarpun terpaksa meredah hujan kerana kepuasan dan kegembiraan yang terpancar bagaikan sebuah hadiah. Dek kerana ingin menyaksikan penyampai radio Sinar Fm seperti Khairil Rashid, Salih Yaakob, Shida, Najman, Zaidi, Nila Kurnia, Abby Fana, Jamal Jamaludin dan Linda Onn dari dekat, pendengar setia tetap tidak berganjak walaupun hujan semakin lebat. Bukan itu saja, kehadiran barisan lagenda muzik tempatan rock dan retro yang dulunya cukup sinonim dan menjadi siulan anak-anak muda yang barangkali ketika itu ada yang masih lagi kanak-kanak, bersekolah dan ada yang sedang bercinta membuatkan memori indah kembali semula.
AKSI memukau Yantzen dan Rusty Blade mengundang sorakan dan tepukan gemuruh penonton.
Kemunculan May, Othman Hamzah, Ruhil Amani Hussien, Hattan, Rusty Blade, Ramlah Ram, Datuk khadijah Ibrahim, Ramli Sarip dan Wings berjaya menghangatkan konsert dengan persembahan mantap masing-masing. Nostalgia lagu seperti Gadis Bertudung Putih, Musliha, Kawan, Memburu Rindu, Tiada Lagi Aku, Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu, Doa Buat Kekasih, Camelia dan Hikayat Penuh Ranjau berkumandang di tapak R & R itu. Bagi Yantzen selaku vokalis utama Rusty Blade, kemunculan semula kumpulan itu membuktikan bahawa mereka masih diminati termasuk lagu dari album yang dirakamkan di awal tahun 1986 dan 1987. Beliau berkata, untuk konsert ini anggota asal Rusty Blade seperti Khalid Mubin (gitaris), Md Noor Hendrik (gitaris), Man Karan (bassist) dan Zul (drum) menggantikan Zan yang tidak sihat namun tetap hadir memberi sokongan.
RUHIL sempat mengajak peminat menyanyi bersama.
Katanya, kesemua anggota yang lain masih lagi menetap di Singapura dan hanya dirinya sahaja berada di Kuala Lumpur malah perancangan untuk kembali dengan album terbaru memang ada namun masih banyak perbincangan perlu dilakukan. “Apa yang pasti, kehadiran saya dan rakan yang lain cukup diterima dan sebagai penghargaan lagu Langsuir Liar, Pertama dan Terakhir, Tiada Lagi Aku, Taming Sari dan Ikrar Perwira dihadiah buat peminat setia irama Heavy Metal dari Rusty Blade,” katanya. Bagi penyanyi remaja yang dulu popular dengan lagu Kawan dan Anak Dunia, Ruhil Amani Hussin tampil dengan imej yang lebih matang apabila kini sudah bergelar isteri kepada pemuzik terkenal Jamil Wilson Abdullah dan ibu kepada seorang anak perempuan berusia lima tahun. Ruhil berkata, ketiadaannya di dalam bidang seni bukan bermakna kerjaya seni yang diminati ketika mula menyanyi ketika usia 13 tahun terkubur begitu saja tetapi sibuk menguruskan perniagaan keluarga dan keluarga. Beliau berkata, jika dulu ketika meniti usia remaja sehingga kahwin kerja tanpa henti adalah keutamaan namun selepas melahirkan anak sulung tumpuan 100 peratus lebih diberikan kepada keluarga namun cinta terhadap muzik rock masih utuh di dalam hati. Katanya, kali terakhir membuat persembahan di Istana Budaya pada 2004 dan selepas itu banyak show di majlis makan malam namun konsert terbesar seumpama ini tidak ada lagi dan kemunculan semua di konsert ini cukup menyeronokkan. “Lihat saja sambutan yang diberikan dengan ribuan peminat yang hadir dan pastinya bukan untuk saya seorang tetapi barisan artis lain yang dulunya menjadi idola ketika masih kecil dan bertemu serta berkongsi satu pentas dan inilah yang paling menarik. “Insya-Allah, kalau tiada aral melintang album terbaru akan muncul selepas Syawal nanti dengan menampilkan 12 lagu baru ciptaan komposer terkenal seperti M Nasir dan pendatang baru Nom dan turut tampil dengan ciptaan lirik lagu bersama suami untuk album terbaru nanti,’ katanya. Sementara itu, penyanyi evergreen, Othman Hamzah yang popular dengan lagu Gadis Melayu turut melahirkan rasa gembira apabila berpeluang turut serta dalam konsert R&R ini sekali gus mengembalikan nostalgia lagu Musliha dan Gadis Melayu sendiri. Katanya, peluang yang diberikan Suria FM pastinya tidak perlu dilepaskan begitu saja kerana ini adalah hadiah untuk bertemu dengan peminat dan apabila berada di atas pentas peminat masih lagi meminati lagunya. “Bayangkan lagu Musliha yang dicipta pada tahun 1979 diikuti Gadis Melayu pada 1982 masih lagi diterima dan diingati sampai sekarang termasuk peminat menyanyikan bersama-sama saya. Sukar hendak digambarkan perasaan ini. “Jika dulu dalam usia muda ramai peminat yang masih belum mengenali diri saya tetapi berbeza dengan kini apabila sudah meniti usia 48 tahun peminat terus mengenali dan ada yang meminati sejak muncul dalam arena seni suara sejak 32 tahun lalu ke hari ini. “Insya-Allah album baru akan muncul tidak lama lagi namun pastinya evolusinya amat berbeza sekali berbanding album dulu,’ katanya. Sementara itu, Pengurus Rancangan Sinar, Rostam Said berkata, Konsert R&R diadakan sebagai penghargaan kepada pendengar sehingga berjaya menjadikan Sinar FM sebagai stesen nombor dua negara dengan 3.82 juta pendengar. Beliau berkata, pemilihan Pulau Pinang sebagai lokasi sulung adalah disebabkan jumlah pendengar tertinggi berbanding negeri lain dan untuk konsert R&R ini hanya dua lokasi saja iaitu Seberang Jaya dan Dataran Majlis Pembandaran Petaling Jaya (MPPJ) pada 15 Ogos ini. Katanya, lokasi di utara amat bertepatan kerana turut memberi peluang kepada pendengar di Kedah, Perak dan Perlis untuk datang dan melihat kepada sambutan yang diberikan ini pastinya akan lebih lokasi akan dipilih pada tahun hadapan. “Konsert ini dianjurkan Sinar FM dan ditaja syarikat kipas elektrik KDK yang menyambut ulang tahun ke-1000 dan sebagai penghargaan konsert selama tiga jam itu bermula dari jam 9 malam dan berakhir jam 12.30 tengah malam. “Objektif konsert adalah sebagai penghargaan dan penampilan artis retro dan rock adalah bertepatan dengan konsep Sinar FM. Alhamdulillah ia berjaya dengan sambutan yang cukup mantap,’ katanya. Rostam berkata, jika dulu ada konsert Retro Sinar diadakan pada tahun 2007 di Panggung Aniversary, Kuala Lumpur mendapat sambutan kira-kira 15,000 tetapi di sini bilangannya dua kali ganda dan cukup menggembirakan kami,” katanya. Beliau berkata, konsert kali ini istimewa kerana penyampai radio Sinar FM turut membuat persembahan pembuka tirai dengan lagu Hidup Bersama secara live band Sinar FM yang digelar Panca Sinaran. Katanya, lebih menarik setiap penyampai radio seperti Linda Onn (drum), Khairil (gitar utama), Jamal (gitar kedua), termasuk dirinya sendiri sebagai pemain bass dan penyanyi utama penyampai radio sendiri seperti Abby Fana dan Salih Yaakob. “Apa yang menggembirakan konsert di Seberang Jaya cukup mantap dan berjaya dan harapan agar konsert di Stadium MPPJ akan lebih mendapat sambutan dan jutaan terima kasih atas sokongan anda dan terus menyokong stesen Muzik Retro Terbaik,’ katanya.

Muzik Terkini


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Saturday, August 8, 2009

Filem Aku,Suka Hati Aku La!!


Kontroversi berkaitan filem ....Dalam Botol tidak bimbangkan Raja Azmi KONTROVERSI yang melanda filem ...Dalam Botol nampaknya terus berlanjutan. Jika sebelum ini inti pati filem ini serta judulnya menjadi bahan pertikaian ramai, terbaru penerbit filem ini Raja Azmi terpaksa berdepan dengan satu lagi masalah iaitu apabila pengarahnya, Shadan Hashim menarik sebelum perjuangan mengarahkan filem ini bermula. Khabarnya, tindakan drastik Shadan itu adalah disebabkan dia bimbang tidak dapat menjalankan tanggungjawab seperti yang diamanahkan Raja Azmi memandangkan filem itu bergenre XX dan menyentuh kisah kehidupan lelaki gay.
Ketika dihubungi Hip untuk mendapatkan kesahihan perkara ini, Raja Azmi hanya tergelak besar di hujung talian. Kata pengarah yang boleh tahan sensasi ini, cepat benar media menghidu cerita yang buat masa ini hanya diketahui mereka yang tertentu saja. Pun begitu, seperti kebiasaannya dia tidak pernah mahu berselindung apa-apa. Jelas Raja Azmi memang benar Shadan menarik diri atas alasan tidak mampu memikul tanggungjawab mengarahkan filem sedemikian kerana tidak sesuai dengan jiwanya. Walaupun mungkin ada yang beranggapan tindakan Shadan itu menyusahkan pihak produksi, namun bagi Raja Azmi sendiri, dia melihat perkara itu sebagai sesuatu yang positif. Enggan menunggu lebih lama lagi, menurut Raja Azmi, kekosongan yang ditinggalkan Shadan itu bakal diisi seorang pengarah yang memang hebat dan diakui hasil kerjanya iaitu Osman Ali.
Hip: Betulkah pengarah filem ...Dalam Botol, Shadan Hashim menarik diri dari mengarahkan filem ini? Kalau betul apa alasannya? Raja Azmi: Amboi! Cepat benar cerita ini tersebar ya? Memang benar dia menarik diri dan alasan yang diberikan adalah dia tidak sanggup untuk meneruskan tanggungjawabnya itu kerana filem itu memang tidak bersesuaian dengan jiwanya. Dia sudah cuba menyelami filem itu dengan sebaik mungkin dan belajar mengenali dunia transeksual dengan lebih dekat tapi tidak berjaya. Jadi sebelum hasilnya nanti tidak memuaskan dan menyusahkan banyak pihak, lebih baik dia mengundur diri lebih awal. Hip: Tak cuba pujuk atau meyakinkan dia? Iyalah bukankah Shadan sebelum ini banyak bekerjasama dengan anda. Raja Azmi: Bagi saya, perkara seperti ini tidak perlu nak pujuk. Dia sudah besar dan boleh berfikir. Lagipun, saya tak nak manjakan dia. Bagi saya, itu satu tindakan yang bagus kerana dia menyerah diri lebih awal. Alasannya pun saya boleh terima kerana dia tidak mahu hasil filem ini nanti tidak memuaskan hati saya dan semua pihak. Iyalah kalau pengarahnya sendiri tidak mampu menyelami filem yang diarahkannya, bagaimana hendak mendapatkan hasil yang terbaik?
Hip: Sudah dapat pengganti? Raja Azmi: Setakat ini memang sudah ada iaitu Osman Ali. Bagaimanapun, ia masih dalam pertimbangan kerana pengarah itu terikat dengan projek lain. Filem ini mungkin akan menjalani penggambaran selepas Aidilfitri nanti sama ada dalam bulan September atau Oktober dan pada masa itu Osman juga mempunyai komitmen lain. Kata Osman, kalau jadual penggambaran tidak bertembung dengan komitmennya itu, barulah dia bersetuju untuk mengarahkan filem saya ini. Pun begitu, saya masih mencari mana-mana pengarah yang berpengalaman untuk mengarahkan filem ini. Kalau ada sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi saya secepat mungkin. Saya tidak mencari pengarah popular. Asalkan dia mempunyai pengalaman dan berminat untuk mengarahkan filem bergenre seperti ini, silakan. Hip: Nampaknya banyak sangat halangan nak merealisasikan filem ini. Tak risau ke? Raja Azmi: Kalau setakat pengarah tarik diri, saya tak pernah risau. Bagi saya itu perkara kecil saja. Ibarat orang hendak buang air besar tapi tak jadi. Bagi saya hidup kalau tak ada cabaran, memang tak ada makna. Begitu membosankan. Pada saya, cabarannya nanti adalah apabila filem ini siap kelak. Ha! masa itu nanti banyak perkara saya kena hadapi, Lembaga Penapisan Filem (LPF), pandangan masyarakat dan sebagainya. Hip: Terlanjur bercakap pasal LPF, apakah filem ini akan membuat rombakan dari segi skrip dan jalan cerita? Raja Azmi: Skrip tidak akan dirombak tetapi untuk babak ranjang, kami akan mengubahnya supaya tidak terlalu sensitif untuk masyarakat di sini. Bagaimanapun, untuk babak ranjang asal saya tetap akan buat. Tapi ini untuk pasaran luar negara dan tidak ditayangkan di sini. Hip: Degil sungguh Raja Azmi nampaknya. Tetap berkeras nak buat babak sensasi. Raja Azmi: Ini filem saya, cita rasa saya. Kalau hendak kata saya degil, saya boleh buat lebih dari itu. Saya bagi contohlah, saya hendak buat baju kurung lengan pendek, tapi orang suruh buat lengan panjang. Tak mengapa, saya ikutkan saja. Tapi kalau di luar negara, saya bebas hendak mengubah suai baju kurung itu kerana orang di sana tak tahu pun itu baju tradisional kita. Hip: Pelakon utamanya sudah dipilih? Raja Azmi: Sekarang ini pertandingan menerusi sedang berlangsung. Seperti yang dijanjikan, saya hanya akan memilih pemenang berdasarkan keputusan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS). Saya tidak mahu menipu mereka yang bertungkus lumus menghantar SMS, memilih pelakon kegemaran mereka. Kalaupun jika pemenang sudah dipilih dan dia tidak dapat menjalani penggambaran pada waktu yang sudah kita tetapkan kerana terikat dengan komitmen lain, saya sanggup menunggu sehingga dia bersedia untuk berada di lokasi ...Dalam Botol. Saya tetap berpegang pada janji. Hip: Anda yakin filem sebegini mampu memberi pengajaran kepada penonton? Raja Azmi: Bagi saya, pengajaran bukan saja boleh didapati dari filem tetapi dari sumber lain juga. Tetapi, filem tidak dinafikan turut menyumbangkan peranan dalam memberi pengajaran kepada penonton walau apapun filem itu. Sebagai contoh, filem Keluarga Si Comat, walaupun tajuknya sedemikian namun ada sesuatu dalam filem itu membuatkan ia terpilih untuk dibentangkan dalam majlis apresiasi yang akan diadakan pada Festival Filem Malaysia di Sabah nanti. Malah, dalam filem karya Allahyarham Yasmin Ahmad, walaupun teruk dihentam namun saya akui terdapat pengajaran di dalamnya. Jadi, tidak mustahil filem ini juga mampu memberi kalau tak banyak, sedikit pengajaran kepada penonton.
Semakin sibuk jalani penggambaran drama muzikal Kau Dan Aku usaha sama produksi Astro dan Indonesia JUARA Akademi Fantasia musim kelima (AF5), Mila atau nama sebenarnya Noorsyarmilla Jirin masih tegar berjuang meneruskan hayat seninya. Tidak muncul di majalah atau surat khabar tidak bererti penyanyi genit ini sudah mula hilang daripada pandangan mata umum. Kontraknya bersama Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) besar kemungkinan bakal disambung lagi demi keyakinan yang cukup tinggi dalam memastikan pacuan kerjaya seninya. Selain sibuk dengan perniagaan LuvMILA Corporation Sdn Bhd menjual produk penjagaan kebersihan diri wanita, penyanyi lagu Persis Mutiara ini sibuk mengimbangi kerjaya seninya.
Ketika dihubungi baru-baru ini, Mila berada di Filmwork Studios, Taman Tun Dr Ismail untuk merakamkan lagu solo berjudul Menanti untuk drama muzikal Kau Dan Aku. Malah menerusi drama terbitan Astro dengan usaha sama produksi Indonesia itu, Mila turut menjadi heroin berlakon di sisi bintang AF7, Aril dan Akim. Drama itu turut memperlihatkan gandingan sulung Mila menjadi kekasih kepada Akim, manakala Aril pula bergelar bekas kekasih kepadanya. Tetapi semua itu adalah tuntutan watak bagi memastikan plot drama terbabit terus berkembang. “Selain lagu solo, Mila turut menyanyikan dua lagu duet bersama Aril dan Akim. Dengan Akim, kami berduet lagu tema drama itu menggunakan judul yang sama. Lagu Lelaki Pujaan pula adalah lagu duet Mila dengan Aril. Aril pun turut berduet dengan Akim, malah mereka juga diberikan lagu solo seperti Mila.

MILA berkasih dengan Akim dalam drama Kau Dan Aku.
“Untuk drama muzikal 26 episod ini, Mila akan memegang watak seorang gadis yang berperwatakan agak kasar dan kehidupannya diuji dengan pelbagai konflik termasuk kisah peribadi. Kalau ada yang masih ingat, sejurus beberapa hari AF7 tamat, Aril dan Akim ada ke Indonesia untuk merakamkan episod pengenalan drama ini. Mila juga turut ke sana. “Selain Mila, Aril dan Akim, antara nama pelakon lain yang turut terbabit dalam drama ini ialah Noni dan Farish Aziz. Kebanyakan pelakon penting dalam drama ini membabitkan pelakon Malaysia. Insya-Allah Mila akan ke Indonesia lagi melunaskan baki penggambaran drama itu selama dua bulan sehingga September ini,” kata Mila sambil memberitahu drama ini dijangka disiarkan sekitar September depan. Berusaha tembusi pasaran Indonesia MENGENAI perkembangan kerjaya nyanyiannya, Mila juga memilih sebuah lagu dari Indonesia sebagai strategi serampang dua mata untuk melebarkan label namanya di sana.
MILA sewaktu merakamkan lagu Siapa Tak Percaya Cinta di Indonesia.
Melalui perkenalan dengan teman bernama Richard Kyoto dan Denda SR menerusi laman sembang, Facebook, Mila diberi kesempatan berharga yang tidak pernah langsung difikirkannya sebelum ini. Mempraktikkan cara yang sama dilakukan artis pada masa kini dengan melahirkan lagu single demi single, Mila sedar keadaan pasaran muzik sekarang tidak mampu memberi jaminan untuk album penuh dikeluarkan sekali gus. Menurut gadis kelahiran Teluk Kumbar, Pulau Pinang itu, mengikut perancangan yang dilakukan dengan AESB, dia akan menerbitkan sendiri tiga buah lagu dan lima buah lagu lagi dibiayai AESB. “Mila keluarkan duit sendiri melalui syarikat LuvMILA Corporation bagi tiga single terbabit. Mila bajet untuk sebuah lagu, kos keseluruhannya dalam RM10,000. Kos itu tidak termasuk pembikinan klip video. Malah, Mila juga sedang meneliti senarai harga produksi tempatan dan dari Indonesia untuk membikin klip video. Semuanya masih dalam peringkat perbincangan. “Untuk lagu Siapa Tak Percaya Cinta ciptaan Richard Kyoto dan liriknya nukilan Denda SR, ia dirakamkan dalam tempoh dua hari ketika Mila ke sana pada 21 hingga 23 Jun lalu bersama tiga orang staf LuvMILA Corporation. Insya-Allah lagu berentak balada ini akan diputarkan di stesen radio tak lama lagi. “Menerusi kerjasama yang dilakukan Mila dengan pengkarya seni dari sana, ia dilakukan atas dasar mencuba nasib untuk menembus pasaran seberang. Cara ini dilihat mudah untuk lagu Mila dimainkan di sana. Kiranya ia sebagai batu loncatan untuk Mila mengembangkan bakat di negara itu,” kata Mila yang berkesempatan mengedarkan cakera padat album terdahulu kepada penerbit lagu dan drama serta syarikat pengedar album sewaktu kunjungannya ke Indonesia. Selain single berkenaan, Mila merakam beberapa single baru berjudul Rahsia Sanubariku ciptaan Azmeer dan Allahyarham Loloq serta Jika Kau Ubah Fikiran bersama KRU Productions. Kata Mila, lagu Rahsia Sanubariku akan menjadi single keduanya selepas lagu Siapa Tak Percaya Cinta.



PROFIL: Mila
Nama sebenar: Noorsyarmilla Jirin
Tarikh lahir: 23 Disember 1987
Asal: Teluk Kumbar, Pulau Pinang
Pendidikan: Sekolah Menengah Teknik Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Air Hitam, Pulau Pinang
Pencapaian: Juara Akademi Fantasia musim ke-5 (AF5) dan Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007
Album: Persis Mutiara
Filem: Apa Kata Hati dan Lu Pikirlah Sendiri The Movie, manakala suaranya turut digunakan dalam filem muzikal Walt Disney, High School Musical yang dialih kepada bahasa Melayu. Mila melakonkan watak Gabriella.
Perniagaan: Mengusahakan produk kecantikan, LuvMILA yang diselenggara LuvMILA Corporation Sdn Bhd (www.luvmila.com.my).

Azharina & Rossa

Pengurusan Rossa banyak membantu merealisasikan impian Azharina tembusi pasaran Indonesia TIDAK banyak bicara antara mereka lantaran kesibukan penghibur kesayangan Indonesia, Rossa memenuhi beberapa lagi permintaan untuk sesi fotografi pada pertemuan petang itu. Saling bertukar senyuman serta menyapa ringkas sebelum sesi fotografi dimulakan, cukup sebagai pembuka ruang bicara kerana sebetulnya wajah Azharina bukan asing di mata Rossa.
Mereka pernah beberapa kali bertemu ketika menjayakan persembahan pentas. Biarpun belum berkesempatan untuk berbicara lebih akrab namun terdetik kekaguman di hati penyanyi kelahiran Sabah yang cukup sinonim dengan lagu Rawan itu. Azharina menyifatkan penyanyi genit yang sinonim dengan lagu cinta itu sebagai penghibur yang membawa misi dan visinya tersendiri untuk maju dalam industri hiburan. “Saya menyenangi cara Rossa menghiburkan peminat di pentas. Jujurnya hubungan kami lebih terarah kepada profesional kerana saya tidak begitu dekat dengan Rossa.
“Cuma saya agak bertuah kerana pengurusan Rossa, LimaDuaBelas banyak membantu untuk merealisasikan impian saya melebarkan karier nyanyian di Indonesia,” kata Azharina. Masih menanti detik tepat ke sana, Azharina berkata, setakat ini semua urusan perbincangan untuk memperkenalkan namanya di Indonesia hampir selesai. Bagaimanapun kata Azharina, kesibukan pengurusan Rossa membuatkan dia selesa menanti semuanya selesai sebelum berangkat untuk memulakan sesi promosi di Jakarta. “Ada beberapa perkara masih belum beres sepenuhnya termasuk dokumentasi perundangan, selebihnya memang saya memang sudah bersedia untuk ke sana.
Rossa
“Alhamdulillah, daripada perbincangan semuanya menunjukkan petanda positif malah single saya juga sudah diedarkan di beberapa stesen radio wilayah. Doakan yang terbaik untuk saya,” kata Azharina. Beralih kepada karier nyanyiannya di sini, Azharina berkata, populariti Rawan membuatkan dia terpaksa bersabar menanti single terbarunya, Rasa diputarkan stesen radio utama. Situasi itu membuatkan penyanyi berusia 24 tahun itu terpaksa menangguhkan dulu hasrat untuk memasarkan album ketiganya. Azharina berkata, tiada guna dia memasarkan album itu tergesa-gesa atau sekadar memenuhi rak di pasaran. Sedangkan dia mencurahkan segala idea dan keringat untuk memastikan produk terbarunya itu meraih perhatian peminat. “Memikirkan itu saya bersedia menangguhkan seketika perancangan untuk memasarkan album ketiga. Saya perlukan single baru untuk meneruskan momentum Rawan, namun nampaknya rezeki belum berpihak kepada Rasa untuk dimainkan stesen radio utama. “Saya tidak terlalu memikirkan soal keuntungan, sebaliknya berharap produk ini diterima seterusnya menjadi satu medium untuk memasarkan nama Azharina dengan lebih berkesan. “Saya sudah empat tahun tidak mempunyai album baru. Justeru saya tidak mahu terlalu ghairah memasarkannya kerana saya juga perlu memberi keadilan terhadap segala usaha untuk merealisasikan penerbitan album ini. “Biar saya bersabar dulu supaya apabila keluar nanti ia memberi kepuasan kepada semua. Album ini juga menjadi hadiah istimewa saya kepada peminat yang menghargai bakat Azharina,” katanya. Sekadar merakamkan lapan lagu, album yang mengambil masa setahun setengah untuk disempurnakan itu turut menyaksikan Azharina melakukan sedikit perubahan. Tidak hanya tertumpu kepada satu jalur muzik, Azharina atau mesra disapa Nina berkata, dia memberikan variasi untuk menyuntik warna berbeza dalam produksi itu. “Pembikinannya melalui proses yang berat, apatah lagi saya berusaha sendiri mengumpul segala material membuatkan saya meletakkan harapan tinggi terhadap album ini,” katanya.


INFO: Azharina
Nama Penuh: Azharina Azhar
Tarikh Lahir: 11 Mac 1985
Asal: Kota Kinabalu, Sabah
Tinggi: 157 sentimeter.
Berat: 53 kilogram.
Single: Seandainya (2003), Elegi Sepi (2005), Tsunami Kasih (2007), Rawan (2009).
Pencapaian: Juara Bintang RTM 2001.
Dari lubuk hati Rossa BICARANYA yang sentiasa tenang, malah senyuman dan tawa yang sentiasa terukir di raut wajah manisnya seakan membayangkan hidupnya tidak pernah dijamah masalah. Mendasari hati wanita kecil molek bersuara lantang ini tersimpan kesakitan yang bukan sedikit. Kesakitan yang sebolehnya tidak ingin dikongsi dengan orang luar. Namun apakan daya, status sebagai selebriti mendesak Rossa supaya menjadi kuat dan kedatangannya kali ini turut diasak persoalan yang sama. Biar apa juga persepsi yang diberikan umum terhadap pengakuan ikhlasnya, penyanyi yang sedang masyhur dengan lagu Hey Ladies dan Terlanjur Cinta, duet bersama Pasha (Ungu) ini berkata, dia cuma menjelaskan situasi sebenar rumah tangganya. Kedekatannya dengan teman media di sini membuatkan Rossa selesa berkongsi rasa, mencurah rahsia hati namun tidak pernah sesekali dia memburukkan lelaki yang masih bertakhta di sudut hatinya. Bagi Rossa, apa juga pengakhiran kisah cintanya dengan pemain dram kumpulan Padi, Yoyo Presetyo atau Yoyo, ia tidak akan memudarkan rasa kasih dan cinta terhadap lelaki yang membuahkan cinta hati mereka, Rizky Langit Ramadhan, 3. “Saya tahu tidak mudah untuk mengambil keputusan ini (perceraian) namun andai ditakdirkan perpisahan terjadi, saya reda dengan ketentuan Tuhan. “Mungkin itu bahagian untuk saya selepas Allah memberikan kesenangan serta kerjaya yang sukses. Saya reda kerana hanya Allah yang menyimpan rahsia setiap apa yang ditakdirkan untuk hamba-Nya,” katanya tenang. Enggan membiarkan perasaannya terus tenggelam dalam lautan duka, perbualan dialihkan mengenai karier nyanyiannya yang mendekati kemuncak. Dia dilihat antara penyanyi wanita paling berpengaruh di Indonesia ketika ini selepas tiga siri Konsert Persembahan Cinta Rossa di tiga daerah meraih sambutan luar biasa. Ketika ini, dia sedang sibuk menyempurnakan baki empat konsert mini yang mengangkat judul, Cerita Cinta Rossa selepas menyelesaikan empat persembahan. “Semua itu membuatkan jadual saya padat sehingga Ogos, namun menjelang Ramadan aktiviti seni saya akan diperlahankan kerana kebetulan tidak banyak acara hiburan,” katanya. Rossa turut bersyukur kerana cita-citanya untuk menghiburkan peminat di sini direalisasikan menerusi Konsert Mini Cerita Cinta Rossa di KL Live, Life Centre, Kuala Lumpur pada 27 Jun lalu. Kesempatan berada hampir seminggu di Kuala Lumpur turut diambil Rossa untuk membawa anak kesayangan serta ibunya, Eny Kusmiani, 53, bersama untuk menikmati detik manis dalam kehidupannya sebagai penghibur. INFO: Rossa
Nama penuh: Rossa Roslaina Sri Handayani
Nama komersial: Rossa
Tarikh Lahir: 9 Oktober 1978
Umur: 30 tahun
Asal: Sumedang, Indonesia
Album: Untuk Sahabatku (1989), Nada Nada Cinta (1996), Tegar (1999), Hati Yang Terpilih (2000), Kini (2002), Kembali (2004), Yang Terpilih (2006), OST Ayat Ayat Cinta (2008) dan Rossa (2009) .
Sinetron: Dua Sisi Mata Uang dan Perisai Kasih.


Sedih Dan Gembira


"SAYA sendiri tidak menyangka kategori itu berpihak kepada saya. Saya bersyukur dan anugerah ini satu yang cukup istimewa kepada saya. Saya gembira dan dalam masa yang sama sedih juga sebab Mak (merujuk kepada Allahyarham Yasmin Ahmad) tidak dapat berkongsi detik manis ini. “Saya harus berterima kasih kepada Mak yang memberi peluang untuk saya merasai nikmat bergelar pelakon. Ia satu kenangan indah untuk saya ingat sampai bila-bila. Sampai sekarang, saya akui masih tertanya-tanya kenapa Mak memilih saya untuk memegang watak itu,” kata Jaclyn Victor yang hanya mengetahui dinobatkan sebagai Pelakon Harapan Wanita di Festival Filem Malaysia ke-22 yang berlangsung di Centre Atrium, 1 Borneo, Kota Kinabalu, Sabah, kelmarin. Kemenangan Jaclyn sekali gus membenamkan hasrat calon lain, Heliza Helmi, Zalina dan Yasmin Khaniff yang turut bertanding. Jaclyn yang dihubungi Hip masih berada di Kuala Lumpur kerana komitmen yang perlu dipenuhi dan hanya akan terbang ke Sabah pada Sabtu ini.
Jaclyn yang mendapat tahu mengenai kemenangan itu menerusi SMS sejujurnya tidak menyangka keputusan itu diumumkan awal kerana menjangkakan ia hanya akan diumumkan pada malam kemuncak esok. Jaclyn yang pernah bergelar Juara Malaysian Idol musim pertama mencipta kejutan apabila filem sulung lakonannya, Talentime yang diarahkan Allahyarham Yasmin Ahmad berjaya melayakkan dirinya memiliki trofi Pelakon Harapan Wanita. Watak Bhavani yang dipegangnya di dalam filem itu ternyata cukup mengesankan apabila berjaya mencuri perhatian juri. Bagi Zahiril Adzim pula, dia akan terus mengukuhkan pandangan pemerhati seni apabila dinobatkan sebagai Pelakon Harapan Lelaki menerusi filem Kami The Movie. Bersaiz genit ternyata tidak menjadi penghalang kepadanya untuk terus mara membina nama dan terus mengembangkan bakat yang ada.
Zahiril yang bakal terbabit dalam pementasan teater Kompilasi Volum 2 mulai 11 Ogos ini di Stor Dewan Bahasa & Pustaka itu menewaskan Bintang Paling Popular, Nabil yang dicalonkan menerusi filem Sifu & Tongga. Zahiril, Jaclyn dan Hadziq masing-masing menerima trofi dan wang tunai RM10,000. “Anugerah ini sebagai pengiktirafan atas hasil kerja yang kita lakukan. Tapi ia tidak bererti mutu kerja kita sudah bagus. Anugerah ini sebenarnya sebagai ruang untuk saya sendiri melipat gandakan usaha pada masa mendatang. Ia boleh diibaratkan sebagai suntikan semangat untuk kita terus memacu ke depan,” katanya yang melihat Isma Yusof sebagai saingan terdekatnya. Sementara itu bagi adik Hadziq, saat disebut namanya sebagai Pelakon Kanak-Kanak Terbaik, bakat cilik yang cukup petah berbicara ini melonjak keriangan. Dia yang ditemani neneknya ke Sabah, memanjat kesyukuran di atas kurniaan yang cukup berharga itu. “Saya harus berterima kasih kepada David Teo dan Ahmad Idham yang memberi peluang untuk saya terus mengembangkan sisi bakat seni yang ada. Tak dilupakan juga kepada Aznil Nawawi yang sentiasa memberi sokongan kepada saya selama ini. Mereka inilah antara insan yang membuka pintu untuk sampai ke tahap ini.
“Kalau ada peluang lagi, saya tak teragak-agak untuk berlakon filem. Pengalaman berada di dalam produksi filem Syurga Cinta menjadi pengalaman yang akan terus saya titip buat masa mendatang. Dalam saya mengejar cita-cita, saya sesekali tidak akan mengabaikan pelajaran,” katanya yang bersaing dengan tiga lagi calon lain, Nik Farid Idrus, Siti Nasrina dan Pathieswaran dalam kategori terbabit. Turut diumumkan malam itu ialah kategori Lagu Tema Asal Terbaik, Sayangku Di Sisimu (filem Jin Notti) dan Poster Terbaik (filem Histeria).

Erra Mula Terima Watak Gelap


Erra akan menjayakan drama bersiri 26 episod arahan Rashid Sibir berjudul Kasih Tercipta SEBELUM ini, dia sering diberikan watak gadis atau wanita yang baik. Daripada seorang gadis yang kecewa cinta, kakak yang bertanggungjawab sehingga anggota polis yang berdedikasi, semuanya pernah dipegang pelakon bernama Erra Fazira. Namun, sedikit masa nanti, peminat akan dapat menonton pula sisi hitam pelakon ini apabila dia mula menerima watak lebih gelap dalam drama dan filem.
Terbaru, dia akan menjayakan drama bersiri 26 episod arahan Rashid Sibir berjudul Kasih Tercipta, untuk siaran Astro. Berbeza dengan watak dipegangnya sehingga kini, watak yang diberikan kepadanya dalam drama itu memerlukan dia menjadi perempuan yang bersikap negatif. Menggambarkan watak itu sebagai hitam kelabu, Erra berkata, antara lain dia perlu menghidupkan watak bagaimana seorang perempuan terpaksa melakukan kejahatan ke atas pasangan kekasih atas desakan tertentu. "Erra sebenarnya sukakan watak jahat, tetapi biarlah watak berkenaan ada kelasnya tersendiri, bukannya peranan jahat yang nampak sangat kejahatannya seperti yang selalu kita saksikan dalam sinetron. Dalam drama bersiri Indonesia itu, contohnya, kita nampak yang baik terlalu baik dan yang jahat pula terlalu jahat
"Erra juga rela menerima watak hitam sekiranya sesuai dengan diri Erra. Bagi drama Kasih Tercipta umpamanya, Erra terima setelah pihak Astro meminta Erra membawakan watak berkenaan. Lagipun, ia lebih berupa cabaran untuk Erra mempelbagaikan corak lakonan," katanya ketika ditemui selepas menyerikan majlis pelancaran televisyen terbaru keluaran Philips, Cinema 21:9 LCD TV di Hotel JW Marriott Kuala Lumpur. Majlis pelancarannya disempurnakan Erra bersama-sama Pengarah Ketua Organisasi Jualan Philips, Eddie Ong dan Pengurus Kanan Pemasarannya, Teoh Tze Ping. Menurut Erra, bukan hanya drama terbabit bakal menyaksikannya menggalas watak gelap, sebaliknya dia juga tertunggu-tunggu penggambaran sebuah filem baru pada tahun depan yang memerlukannya menjayakan watak seorang pembunuh upahan bisu. Tentu sekali ia pengalaman cukup berbeza buat aktres yang juga seorang ibu ini, walaupun filem komedi Sifu & Tongga yang ditayangkan awal tahun ini turut memperlihatkan Erra memegang watak penjahat.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai pandangannya terhadap saingan yang dijelmakan oleh pelakon baru, apatah lagi dia sendiri agak jarang muncul di layar lebar sejak akhir-akhir ini, Erra memberitahu, dari segi persaingan, ia sebenarnya sudah wujud sejak dulu lagi. "Cuma sejak akhir-akhir ini Erra sudah agak kurang berlakon filem. Erra pula tidak menganggap mereka sebagai pencabar, sebaliknya generasi pelakon pelapis. Inilah masanya untuk barisan pelakon baru itu pula menyerlah, apatah lagi mereka lebih layak untuk memegang watak-watak muda yang ditawarkan produser. "Antara pelakon hari ini yang Erra lihat berjaya menempa nama dan boleh melangkah lebih jauh dalam industri perfileman kita ialah Maya Karin. Erra juga tertarik dengan lakonan Noorkhiriah dan Nabila Huda. Mereka antara pelakon yang Erra nampak menyerlah di kaca TV mahupun layar perak," katanya. Begitupun, aktres yang menjulang trofi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia edisi ke-15 (menerusi Soal Hati) dan ke-18 (Hingga Hujung Nyawa) ini mengaku, agak sukar untuknya membuat ramalan siapakah antara barisan pelakon muda hari ini yang akan menempah nama pada masa akan datang berikutan kewujudan terlalu ramai artis baru yang membanjiri dunia seni. "Satu ketika dulu, Erra sendiri risau memikirkan siapalah yang akan sama-sama memeriahkan layar lebar pawagam kita. Orang klata, asyik-asyik muka Erra saja, peminat pun mungkin naik rimas. Sekarang, industri kita bertambah baik dan semakin ramai pelakon pelapis yang diberikan peluang oleh produser," katanya. Pada pertanyaan apakah dia sudah bersedia menyerahkan mahkota Primadona Filem Melayu Alaf Baru kepada pelakon lain, sambil tersenyum Erra berkata, bukan dia yang menghadiahkan gelaran itu kepada diri sendiri, sebaliknya pihak medialah yang mengaitkannya dengan status berkenaan. Justeru, media jugalah yang layak menentukan sama ada gelaran itu harus diberikan kepada aktres lain atau sebaliknya. "Sejak awal pembabitan dalam industri seni, Erra berpesan pada diri sendiri supaya sentiasa beringat, populariti dan segala peluang yang diperoleh hari ini hanyalah bersifat sementara. Sampai masanya, ada orang lain yang akan mengambil tempat berkenaan," katanya yang tidak berkecil hati dengan keadaan itu, seandainya ia membantu industri seni tempatan untuk lebih berkembang. Pelakon yang bakal menyambung siri Mertua Vs Menantu selepas Aidilfitri ini turut memberitahu, berkemungkinan besar dia akan menyambung kontrak sebagai artis eksklusif Astro untuk jangka masa setahun lagi. "Sebenarnya, amalan sebagai artis eksklusif ini sudah lama dipraktikkan di negara luar. Hanya di Malaysia peminat baru didedahkan dengan amalan sedemikian apabila Astro memperkenalkannya beberapa tahun lalu. Sebagai artis eksklusif, banyak faedah yang diperoleh seseorang artis. Selain bayaran yang berbaloi, wajah kita juga tidak akan muncul di merata-rata," kata Erra yang kini masih berusaha untuk menurunkan sebanyak lima kilogram lagi untuk mencapai berat badan idaman, 55 kilogram.

Nama Baru,Kurang Komersial Ungguli FFM22

Nama baru, kurang komersial ungguli barisan Top 5 buka mata pencinta hiburan SENARAI pencalonan akhir Festival Filem Malaysia Ke-22 (FFM22) memperlihatkan kebangkitan nama baru serta pelakon berbakat namun kurang komersial untuk mengungguli barisan Top 5. Pencalonan yang diharap akan mengalih perhatian khalayak yang barangkali sebelum ini khayal dengan wajah komersial, seterusnya mencipta ruang selesa untuk mereka berkarya atas tiket bakat.
Pencalonan yang diterima juga mendesak pencinta hiburan supaya membuka mata dan melihat kekuatan bakat yang sedang mewarnai industri perfileman tempatan untuk diberi sokongan dan diletakkan pada kedudukan sewajarnya. Kategori utama memperlihatkan persaingan sengit antara nama yang sudah diakui kekuatan bakat mereka, namun turut dicabar beberapa nama baru yang berpotensi untuk mencipta kejutan pada malam kemuncaknya di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah esok. Ketiadaan Mamat Khalid yang terpaksa menangguhkan pencalonan filem arahannya, Estet berikutan masalah salinan filem memberi ruang selesa kepada Afdlin Shauki dan Allahyarham Yasmin Ahmad untuk bersaing bagi kategori Pengarah Terbaik.
SETEM lakonan Afdlin dan Rashidi cemerlang dengan 10 pencalonan.
Afdlin mempertaruhkan sentuhan terbarunya dalam Papadom, manakala Yasmin mempamerkan kecemerlangan menerusi karya terakhirnya, Talentime sebelum menghembuskan nafas terakhir pada 25 Julai lalu. Peluang Yasmin untuk merangkul gelaran itu semakin jelas apabila Talentime menerima 11 pencalonan untuk kedua-dua anugerah, Anugerah Perdana dan Anugerah Cipta. Talentime menerima pencalonan untuk kategori Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Senimatografi Terbaik, Penyunting Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Pelakon Harapan Wanita, Skor Muzik Asal Terbaik, Penataan Seni Terbaik. Bagaimanapun, pencalonan terbanyak bukan jaminan untuk Talentime melangkah selesa kerana Sepet yang pernah diangkat sebagai Filem Terbaik pada FFM18 gagal menobatkan Yasmin sebagai Pengarah Terbaik.
Nadia Mustafar
Kemungkinan juga Bade Haji Azmi yang menerima pencalonan menerusi Maut pulang dengan kejutan, sementelah pengarah berpengalaman itu pernah meraih kemenangan pada FFM16 menerusi KL Menjerit. Untuk kategori itu, mereka disaingi dua nama yang semakin mempamerkan kehebatan dalam bidang pengarahan iaitu Ahmad Idham yang mempertaruhkan Syurga Cinta dan Pierre Andre yang menyandar harapan kepada Jangan Tegur. Turut meraih perhatian adalah kategori Pelakon Lelaki Terbaik yang memperlihatkan persaingan sengit antara tiga aktor berwibawa iaitu Que Haidar (Maut), Afdlin Shauki (Papadom) dan Rashidi Ishak (Setem). Ketiga-tiga mereka menunjukkan prestasi lakonan yang membanggakan dan Rashidi umpamanya, memberikan mutu persembahan di luar jangkaan apabila berjaya keluar daripada ruang selesa menerusi arahan Kabir Bhatia, Setem. Mereka turut dicabar dua muka baru, Awal Ashaari yang mempamerkan kekuatan bakatnya dalam Syurga Cinta selain Mahesh J Kishor yang diperkenalkan Yasmin menerusi Talentime. Meskipun Sharifah Amani pernah menjulang trofi Pelakon Wanita Terbaik menerusi Sepet pada FFM18, laluannya pada FFM22 agak sulit. Apatah lagi, untuk kategori itu Amani disaingi kehebatan lakonan pelakon muda berpengalaman, Nabila Huda mewakili Bohsia serta Nadia Mustafar yang mempamerkan lakonan berkesan dalam filem seram, Jangan Tegur. Amani menjadi nadi yang menggerakkan Sayang U Can Dance turut dicabar Liyana Jasmay yang bakal muncul dengan Papadom, Oktober depan. Saingan sengit barangkali antara Nabila dan Nadia. Kategori itu juga melihat kebangkitan bakat baru, Heliza yang menyerlah dalam Syurga Cinta. Milik siapa trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik kerana tiga daripada calonnya ialah pelakon yang berjaya membuktikan kredibiliti mereka dalam dunia lakonan. Indi Nadarajah yang bertanding atas tiket Setem mempunyai pengalaman luas dalam lakonan teater, manakala Shaheizy Sam yang beraksi dalam Bohsia juga bukan calang-calang aktor. Keberkesanan lakonannya yang membawakan watak hitam sebagai Mat Rempit bernama Acai menerima pujian ketika filem arahan Syamsul Yusof ditayangkan kepada umum, akhir April lalu. Que Haidar sekali lagi membolosi Top 5 menerusi lakonannya dalam Papadom dalam kategori yang turut menampilkan dua nama baru, Mohd Shafie Naswip (Talentime) dan Nas-T (Kami The Movie). Tiga nama berpengalaman turut bersamanya, namun Salina Saibi yang selama ini lebih menyerlah sebagai pelakon drama mungkin mampu menjulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. Biarpun dicabar Vanidah Imran menerusi Setem dan Adibah Nor (Talentime), kredibiliti lakonan Salina lebih diuji menerusi Bohsia. Kategori itu turut membariskan pelakon berkarakter, Noorkhiriah yang mempertaruhkan lakonannya dalam Papadom selain Scha Al Yahya yang berjaya membuka mata peminat filem menerusi arahan James Lee, Histeria. FFM22 turut memperlihatkan keunggulan Setem dengan 10 pencalonan menerusi kategori Pelakon Lelaki Terbaik, Sinematografi Terbaik, Penyunting Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Pelakon Harapan Lelaki serta Poster Terbaik. Turut menerima pencalonan terbanyak adalah Papadom arahan Adlin Shauki dengan sembilan pencalonan menerusi kategori Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik serta Penataan Seni Terbaik. Apa kata finalis FFM22:
Heliza Helmi: “SESUATU yang tidak pernah saya fikirkan, lebih lagi membolosi Top 5 Pelakon Wanita Terbaik kerana saya masih terlalu baru dan cetek pengalaman sebagai pelakon. “Syurga Cinta menguji saya untuk membawa watak yang jauh lari daripada sifat sebenar saya yang selamba dan bersahaja, malah memberikan tekanan apabila diminta menangis serta beraksi romantis. “Semua itu memberikan cabaran lebih lagi saya belum biasa beraksi di depan kamera sebagai pelakon. Saya juga tidak punya banyak masa untuk mengkaji watak itu namun bernasib baik kerana mendapat bimbingan daripada pengarah, Ahmad Idham serta Awal Ashaari. “Membolosi Top 5 adalah pencapaian semua yang terbabit dalam produksi itu. Saya tidak mungkin berada pada tahap ini jika tanpa bimbingan mereka. “Teguran mereka menyedarkan saya hidup sebagai anak wayang tidak mudah. Saya tidak pernah mengeluh biarpun terpaksa melakonkan semula itu dan ini kerana semua itu membantu saya untuk tampil terbaik di layar perak”. Nadia Mustafar: “PERTAMA kali nama saya membolosi Top 5 dalam mana-mana festival membuatkan saya terharu kerana selepas berbelas tahun berlakon, bakat saya dilihat dan dihargai. “Lebih bermakna, pencalonan ini dibuat bukan atas dasar populariti sebaliknya bakat saya dinilai barisan panel juri profesional membuatkan saya begitu menghargainya. “Alhamdulillah, komitmen saya terhadap bidang yang menjadi punca rezeki dan karier memberi pulangan berbaloi dengan pencalonan ini. “Lebih mengujakan, kategori ini menyaksikan kebangkitan nama baru yang secara tidak langsung memperlihatkan industri kita tidak pernah ketandusan bakat untuk diketengahkan. “Ia membuktikan pelakon muda seperti mereka melihat bidang ini sebagai sesuatu yang serius, membuatkan saya berasa bertuah kerana berada dalam kelompok terbaik buat pertama kali dalam sejarah dunia lakonan saya”.
Salina Saibi: “BOHSIA adalah filem pertama membuatkan saya bertekad untuk bersungguh-sungguh ketika di lokasi. Peluang seperti tidak datang mudah dan apabila memperolehnya, saya berusaha keras untuk tidak mengecewakan kepercayaan yang sudah diberikan. “Bohsia memberikan pengalaman lakonan yang luar biasa. Saya memperoleh kepuasan kerana karektor yang dibawa mempunyai pelbagai warna yang memberi momentum kepada lakonan saya. “Jujurnya saya berada dalam industri bukan untuk mencari glamour atau mengejar populariti. Sebaliknya saya cuma mahu berkongsi sedikit bakat yang saya ada dan alhamdulillah, Bohsia membawa saya melangkah jauh dalam lakonan. “Melihat senarai finalis saja sudah membuat saya berasa kerdil dan tidak berani menaruh harapan terlalu tinggi. Berada dalam kelompok Top 5 saja sudah memberi kemenangan kepada saya”.
Awal Ashaari: “IA sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikiran, terutama sebelum ini saya berada dalam bidang lakonan sekadar untuk mencuba. “Pencalonan ini membuat saya teruja namun pada masa sama berasa kecil kerana saingan saya semuanya sudah diakui kehebatan mereka di layar perak. “Selama empat tahun dalam industri, ini kali pertama saya merasai nama tersenarai dalam Top 5. Lebih bermakna, ia dipilih oleh juri profesional dan bukan berdasarkan populariti. “Syurga Cinta juga menemukan saya kepada kecintaan sebenar terhadap dunia lakonan. Saya ingin berterima kasih kepada Heliza dan adik Haziq kerana kesungguhan mereka memberi motivasi kepada saya untuk turut sama melipatgandakan usaha di lokasi. “Saya menemui kepuasan sebenarnya dalam Syurga Cinta, malah menjadi hadiah paling bermakna pada ulang tahun kelahiran yang ke-28 pada 6 Ogos ini”.

Sierra Miller Bagaikan Supermodel


Sierra Miller memegang peranan sebagai Baroness dalam GI Joe, lengkap dengan seragam getah berwarna hitam, kasut tumit tinggi enam inci JIKA ada filem yang mampu memperkenalkan nama pelakon Sienna Miller secara lebih meluas kepada peminat filem antarabangsa, ia tentu sekali datangnya daripada judul penuh aksi arahan Stephen Sommers, GI Joe: The Rise of Cobra, yang baru saja ditayangkan di negara ini mulai 7 Ogos lalu. Pelakon yang mula muncul di layar lebar pada 2001 menerusi filem South Kensington itu sebelum ini hanya dikenali melalui filem yang bercorak sederhana. Casanova (2005) dan Stardust (2007) mungkin dua judul paling popular pernah dibintanginya sebelum ini.
Lalu, apabila aktres berusia 27 tahun yang memulakan karier sebagai model ini mula menjejakkan kaki ke set filem GI Joe, dia mengaku cukup tergamam. Miller yang sering muncul dalam drama berbajet sederhana tidak menyangka, filem aksi yang dihasilkan daripada figura permainan terkenal dunia itu rupa-rupanya projek yang tersangat besar, melepasi apa yang pernah dibayangkannya. "Tiba saja saya di lokasi, saya lihat seribu kru turut berada di situ. Saya pula hanya sering terbabit dalam filem yang berbentuk bebas sebelum ini. Keadaan itu nyata meletakkan diri saya dalam keadaan serba tak kena. Tidak pernah sekali pun saya beraksi dalam projek sebegini hebat. Tetapi, sebaik saja saya mula bekerja, perasaan resah itu bertukar seronok pula," cerita Miller. Wanita yang dilahirkan di New York, namun dibesarkan di United Kingdom ini menerima pujian hasil lakonan berkesannya ketika muncul dalam filem Factory Girl, judul di mana dia memainkan watak gadis popular Edie Sedgwick, bergandingan dengan Guy Pearce (memainkan watak Andy Warhol).
Miller turut menerima kritikan membina apabila beraksi dalam Alfie, filem buatan semula terbitan 2004, di samping bekas kekasih, Jude Law. Kali ini, dalam filem aksi bernilai RM595 juta itu, dia memainkan peranan penjahat wanita yang licik diberi nama Baroness, lengkap dengan seragam getah berwarna hitam, kasut tumit tinggi enam inci, serta bersenjata. Tidak ubah seorang supermodel, Baroness juga tangkas dalam seni pertahanan diri. Menurut Miller, wataknya dalam filem itu memerlukan dia bersedia dalam segala segi, terutama fizikal. Justeru, dia perlu berlatih di gimnasium, di samping menghabiskan enam minggu belajar cara berlawan bersama dengan jurulatih ternama yang pernah mereka cipta gerakan pergaduhan dalam The Matrix. Malah, pelakon yang juga seorang pereka fesyen ini turut diajar cara menembak bagi melengkapkan penampilannya dalam G.I. Joe.
"Saya sudah boleh menembak menggunakan raifal sekarang," katanya sambil mengaku, dia akan berkelip dan sering kali membuat bunyi tembakan keanak-anakan dengan setiap tembakan yang dilakukan. Aktres cantik ini juga nampaknya tidak terlepas daripada kecederaan ketika melakukan babak aksi dalam filem ini. Dia mengalami kecederaan akibat kebakaran kecil selepas berlari ke dalam letupan yang berlaku pada masa yang salah. Dia juga pernah dikejarkan ke hospital dengan tangan yang bengkak. "Saya perlu bergaduh dengan memakai kasut tumit tinggi enam inci. Jadi, situasi itu agak rumit. Tetapi, rasanya saya yang agak cemerkap. Saya boleh ditimpa kemalangan kecil hanya kerana berjalan di kaki lima," kata aktres yang pernah memenangi Anugerah Masa Depan EMA (Environmental Media Awards) pada 2007. Bercerita mengenai filem terbabit, Miller berkata, dia mula mengetahui perihal wataknya dalam GI Joe ketika persatuan penulis Hollywood mengadakan tunjuk perasaan. "Ketika itu, tiada siapa pun yang tahu, bilakah mereka akan mula bekerja semula. Saya pun terasa ingin melakukan sesuatu yang bersifat hiburan semata-mata. Selalunya ia bukanlah jenis kerja yang saya suka. Tetapi apabila saya membaca skrip, saya dapati ia mempunyai karakter yang dibangunkan dengan baik sekali. Sebagai penjahat, watak itu sangat menarik dalam sebuah kisah yang menarik juga. "Lagipun, sudah semestinya kita akan berasa hebat apabila muncul dalam filem yang ingin sekali ditonton ramai orang," katanya. Miller, yang mempunyai label fesyennya sendiri berkata, dia memang berharap untuk mengekalkan latihan senaman yang diamalkannya walaupun selepas filem itu tamat penggambaran. "Tetapi, nampaknya agak sukar untuk saya berbuat demikian. Saya sentiasa terbang antara dua benua ini dan selalu membuat alasan kepenatan untuk ke gimnasium. Selalunya saya memang bijak mencari alasan untuk keluar daripada sesuatu yang malas saya hendak lakukan," katanya sambil tersenyum. Baru-baru ini, Miller mengembara ke Afrika bersama sebuah pertubuhan kemanusiaan, International Medical Corps, bagi membantu kempen kesedaran antarabangsa terhadap penduduk terpinggir yang memerlukan bantuan di Congo. Kumpulan itu menyediakan latihan penjagaan kesihatan serta pelbagai rancangan lain bagi mengurangkan penderitaan rakyat di seluruh dunia. "Mula-mulanya, saya benar-benar ingin melihat apa yang berlaku dengan mata sendiri. Ketika itu saya tidak tahu pun apa yang bakal dilihat sehinggalah saya nampak kanak-kanak berusia 13 tahun yang memegang senjata AK47. Namun, ia tetap pengalaman menakjubkan serta sebuah amalan kebajikan yang bermakna," tegasnya. Berlakon bersama-sama Miller dalam filem yang sarat aksi serta visual mengagumkan itu ialah Channing Tatum, Adewale Akinnuoye-Agbaje, Christopher Eccleston, Joseph Gordon-Levitt, Byung Hun Lee, Rachel Nichols, Ray Park, Jonathan Pryce, Saïd Taghmaoui, Marlon Wayans dan Dennis Quaid.

INFO:

MENERUSI filem GI Joe, peminat boleh menyaksikan beberapa kelengkapan berteknologi tinggi milik pasukan wira yang turut dimuatkan dalam filem berkenaan. Antaranya: Howler Jump Jet
Jet masa depan yang menjadi mesin pengangkut pasukan GI Joe sehingga 12 orang pada satu-satu masa.
Ia mampu terbang dan mendarat secara vertikal dalam masa yang singkat.
Boleh terbang pada tahap kelajuan supersonik serta boleh dikendalikan sebagaimana pergerakan helikopter.
Penujah kiri dan kanan berfungsi secara bebas untuk pergerakan lebih licik. Brawler
Kenderaan berbentuk van yang lengkap bersenjata dan menjadi pusat arahan bergerak.
Bumbung yang boleh ditanggalkan bagi menempatkan meriam jarak pendek.
Mempunyai komputer pengesan yang mampu menjejaki semua aktiviti operasi di dunia.
Mampu dipandu dengan berkesan di kota mahupun luar bandar. Delta 6 Accelerator Suits
Seragam mekanikal turbo-hidraulik yang membolehkan pemakainya berlari lebih pantas, melompat lebih tinggi dan berkuasa lebih hebat daripada manusia manusia.
Ia sangat ringan tetapi tidak lut peluru, serta membolehkan pemakainya menumbuk menembusi halangan pejal seperti dinding.
Tangan kanan mempunyai mesingan 10mm yang mampu melepaskan 50 tembakan sesaat.
Tangan kiri pula dilengkapi lima bahan letupan 25mm tinggi, roket pergelangan tangan yang mampu mengesan haba. Enhanced Camouflage Suit
Seragam yang diperkemaskan oleh komputer, mampu menterbalikkan dan menelan cahaya, membolehkan pemakainya menyesuaikan diri dengan pelbagai latar belakang serta tidak kelihatan pada mata kasar. Submersible High-Speed Attack and Reconnaissance Craft (SHARC)
Kenderaan dalam air yang lengkap dengan senjata serta kokpit berasingan untuk pemandu dan penembak. Mini Robotic Underwater Spy System
Direka dengan matlamat penyamaran berkesan di dasar laut, Mini Robotic Underwater Spy System meniru penampilan dan pergerakan seekor ikan ketika merakam dan mengimbas maklumat kembali ke komputer di kapal selam. Rock Slide
Kenderaan atas salji yang lengkap bersenjata serta berkemampuan luar biasa, dibina untuk pergerakan yang licik.
Dilengkap dengan roket yang mampu mengesan haba dan mesingan.
Cerminnya kalis peluru, dengan rekaan aerodinamik. GI JOE Submarine
Kapal selam dengan reaktor nuklear yang mampu menyusuri laut beku artik pada kedalaman yang tak munasabah.
Ia membawa kelengkapan krew yang besar dan pelbagai kenderaan serangan bawah air serta daratan.
Sungguh kuat sehingga mampu memecahkan ketulan ais tanpa merosakkan kapal. Jet Pack
Jet roket yang dipakai di bahagian belakang apabila seseorang ingin terbang ke udara.

Thursday, August 6, 2009

Jelajah Muzik 1 Malaysia


Jelajah 11 Era Bersama Perodua kembali lagi! Ikutilah konsert-konsert menarik ini oleh penyanyi tempatan kegemaran anda di 11 lokasi serta meriahkan lagi konsert ini, anda berpeluang menemui Penyampai-Penyampai ERA kesayangan anda. Kami juga akan pasti memeriahkan anda dengan aktiviti-aktiviti dari Perodua yang pastinya akan memberikan lebih nilai serta erti hiburan kepada anda.
Kejar Skuad ERA Myvi yang terkini untuk peluang memenangi jemputan eksklusif untuk menonton konsert di perkarangan khas di depan pentas!



Kami akan memberi kelainan kepada anda untuk Jelajah 11 Era Bersama Perodua kali ini!
Yang Menarik:- Menang perjalanan pulang bersama Penyampai ERA di setiap lokasi.- Peluang untuk membawa pulang Edisi Khas Perodua Viva ERA 11.
Caranya mudah! Hadirilah konsert pilihan anda. Dapatkan borang penyertaan khas berikut melalui:- Penglibatan di dalam aktiviti yang dianjurkan oleh ERA dan Perodua sebelum konsert bermula.- Pandu Uji salah sebuah model kereta Perodua di lokasi konsert (Anda akan diberi 1 borang tambahan)- Membuat tempahan sebuah kereta Perodua di lokasi konsert (Anda layak mendapat 3 borang tambahan)
Hadirilah konsert pilihan anda dan anda mungkin memenangi peluang untuk dihantar peluang ke rumah oleh Penyampai ERA dan rebutlah peluang untuk menjadi pengunjung bertuah untuk memiliki Edisi Khas Perodua Viva ERA 11.


Aznil&Din Beramboi-Menangi RM50,000

Adakah anda salah seorang daripada 1000 "keluarga angkat" atau peserta untuk Aznil dan Din Beramboi Riuh Sana Sini? TAHNIAH!Kami sudahpun menyerahkan 1000 kad "standee"/klon dengan wajah dan badan Aznil dan Din Beramboi (saiz asal mereka) kepada 1000 pendaftar yang telah berjaya mendaftar untuk peraduan ini.Anda haruslah berjanji akan sentiasa bersama "standee" anda di mana sahaja anda berada. Hantar bukti mengikut tema yang akan kami berikan (contoh: Ambil foto dengan kereta Skuad ERA) dan hantarkannya sebagai bukti di halaman yang disediakan di laman web ini. Letaklah juga foto anda itu di Facebook, Friendster, MySpace, hantar ke suratkhabar, TV...lebih banyak publisiti anda terima, lebih cerah peluang untuk anda menang RM50,000!Bagi yang tidak sempat mendaftar, anda masih boleh menang WANG TUNAI setiap hari! Anda hanya perlu menjadi papERAzi kami dengan mencari peserta berdaftar yang ada "standee" Aznil & Din Beramboi, ambil foto bersamanya dan hubungi penyampai bertugas pada waktu peraduan! Anda haruslah memberitahu nombor siri yang ada pada "standee" peserta dan di mana lokasi anda telah berjumpa dengan peserta tersebut. Pada masa yang sama, hantarkan juga gambar tersebut ke laman web kami sebagai bukti. Foto dan penyertaan yang telah disahkan oleh pihak kami akan memenangi hadiah bernilai RM150. Sekiranya anda berjaya menembusi talian sewaktu segmen Riuh Pagi ERA, anda sekaligus layak memenangi hadiah bernilai RM300!Dengar ERA untuk klu/tugasan harian atau SMS ON ERA ke 32555! Aznil & Din Beramboi Riuh Sana Sini....Penjaga klon, bersedia!

Membeli-Belah Bersama Aznil

Inilah peluang anda untuk memenangi baucar membeli-belah dari Ogawa serta peluang untuk membeli-belah bersama Aznil.Hantarkanlah foto yang paling kreatif anda bersama mana-mana produk Ogawa di mana-mana cawangan Ogawa untuk peluang memenangi baucar berjumlah RM5,000!
Nak shopping!

Tuesday, August 4, 2009

40 Minit Bebas Iklan Bukan Idea Baru


Radio Era tidak melatah, format 40 Minit Bebas Iklan bukan idea baru

FORMAT baru 40 Minit Bebas Iklan yang diperkenalkan stesen radio nombor satu Era sejak awal bulan ini dituduh menciplak idea sebuah stesen swasta berskala kecil. Stesen radio yang sudah bertapak selama 11 tahun dalam industri penyiaran tanah air ini bagaimanapun menepis tuduhan berkenaan malah langsung tidak terasa dengan kenyataan dibuat orang kuat stesen baru itu.

Pengurus Rancangan Era, Nazri Noran yang sebelum ini pernah berkhidmat di stesen radio Inggeris, Hitz.FM ketika ditemui pada majlis pelancaran Aznil & Din Beramboi Riuh Sana Sini di KL Sentral berkata, format itu bukanlah idea baru tetapi sudah diaplikasi stesen radio yang berpayung di bawah Airtime Management & Programming Sdn Bhd (AMP) sejak lebih sedekad yang lalu. Justeru, apabila Era dituduh meniru oleh pesaingnya, mereka tidak mudah melatah.

Format memutarkan lagu tanpa henti kata Nazri bukan idea baru tetapi format itu sudah lama diguna pakai stesen radio luar negara. Formula itu kemudiannya diambil dan diaplikasikan stesen radio tempatan.

“Kami tak kisah dituduh menciplak idea mana-mana stesen radio kerana AMP terlebih dulu sudah menggunakan format muzik tanpa henti sejak 1997 lagi. Jika mereka mahu menuduh kami meniru, itu terpulang kerana itu hak mereka.

“Dunia penyiaran radio kita masih terlalu kecil, di Malaysia stesen radio yang ada tak sampai 20 buah. Persaingan memang terlalu sengit, tapi kalau mereka boleh buat lagi bagus dari kami, Era gembira dengan usaha itu. Cuma saya kurang bersetuju apabila mereka menuduh Era menciplak idea mereka, idea itu tidak asli kerana format itu diguna di seluruh dunia.


“AMP satu ketika dulu juga menggunakan formula sama yang ditiru dari luar negara tetapi dari masa ke semasa kita perbaiki format itu. Kami pun tak pernah kata orang tak boleh tiru idea itu kerana kita juga ambil dari luar negara. Masing-masing ada strategi sendiri untuk meningkatkan jumlah pendengar, saya tiada masalah dengan ini kerana ia menunjukkan perkembangan sihat dalam dunia penyiaran radio,” katanya.

Bercerita mengenai program Aznil & Din Beramboi Riuh Sana Sini pula, Nazri menjelaskan program itu adalah sebahagian daripada strategi stesen radio itu untuk mendekatkan diri dengan peminat. Konsep berkenaan pernah diperkenalkan tiga tahun lalu ketika bekas penyampainya Kieran dan Khairil Rashid mengendalikan program K&K mereka. Bagaimanapun dengan kewujudan laman sosial seperti Facebook, Twitter, Friendster, MySpace dan Youtube, ia digunakan bersesuaian dengan arus semasa.

Selama tiga minggu, pendengar yang mengambil bahagian dalam kempen itu dikehendaki membawa papan poster Aznil & Din Beramboi ke mana saja bermula dari 27 Julai dan berakhir pada 14 Ogos. Mereka perlu merakamkan seberapa banyak gambar serta mendapatkan seberapa banyak publisiti untuk aktiviti mereka dengan meletakkannya di laman sosial. Pada hari tertentu pula, peserta yang sudah mendaftar perlu mengikut tema yang ditetapkan dan berusaha mencari publisiti meluas.

Sementara itu satu panel khas yang terdiri daripada wakil Era dan Carrefour akan mengadili serta memberi mata kepada peserta berdasarkan daya usaha dan kreativiti mereka. Peserta yang berjaya mengumpul jumlah mata paling tinggi pada penghujung kempen bakal memenangi wang tunai berjumlah RM50,000.

“Maklum balas yang kami terimasungguh menggalakkan. Jumlah pendengar yang mendaftar untuk kempen ini juga cukup memberangsangkan. Dari situ kita mengedarkan 1,000 poster Aznil & Din Beramboi kepada pendengar yang mendaftar.

“Dengan kemudahan teknologi yang ada, pendengar boleh meletakkan gambar mereka bersama Aznil dan Din Beramboi di laman sosial yang kami nyatakan. Melalui kemudahan itu, mereka boleh meletakkan gambar terbaru bersama Aznil dan Din dengan segera.

“Bagi pendengar yang tidak berkesempatan mendaftar untuk kempen ini pula, mereka masih berpeluang memenangi wang tunai setiap hari dengan menjadi papERAzi, di mana mereka perlu mengikuti aktiviti peserta yang berdaftar.

“Jika mereka terserempak dengan peserta yang mendaftar untuk kempen ini, mereka hanya perlu rakamkan gambar peserta dan menghubungi Era pada waktu peraduan dan laporkan maklumat mengenai peserta kemudian berpeluang memenangi wang tunai RM 150. Manakala RM 300 pula diberikan ketika rancangan Riuh Pagi Era,” katanya.