BERNAUNG sebagai salah sebuah stesen radio kerajaan ternyata bukan kekangan buat stesen radio yang dahulunya dikenali sebagai Radio 4 iaitu Traxxfm untuk mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa.
Baru-baru ini, stesen tersebut dianugerahkan Anugerah Penyiaran Hari Kanak-kanak Antarabangsa 2009 (ICDB) untuk program radio terbaik di Asia Timur dan Pasifik.
ICDB ditubuhkan oleh Persatuan Psikologi Malaysia dan Dana Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) yang bertunjangkan konvensyen mengenai hak kanak-kanak yang membenarkan mereka menyuarakan pendapat serta berkongsi pandangan dengan rakan sebaya dan orang ramai menerusi media.
Kemenangan tersebut mengambil daripada sebuah forum khas, Listen Up!, terbitan Madonna John yang melibatkan tiga kanak-kanak berusia antara 11 hingga 12 tahun.
Mereka ialah Farouq Daniel, 11, Izlin Xantia, 12 dan Sabrina Ameen, 12.
Mengetengahkan lebih 30 minit perbincangan berkaitan pelbagai isu antaranya peperangan, jenayah, tingkah laku peribadi serta alam sekitar yang ke udara di stesen tersebut pada 1 Mac lalu.
Program tersebut memberi pendedahan berbeza yang secara tidak langsung menyelami pemikiran kanak-kanak yang jujur menyuarakan pendapat mereka mengenai isu yang sering berlegar di kalangan golongan dewasa.
Madonna pada sebuah sidang media yang diadakan di Pusat Penyiaran Antarabangsa (IBC), Angkasapuri, Kuala Lumpur baru-baru ini memberitahu, kemenangan itu sedikit sebanyak memberi pendedahan kepada kanak-kanak untuk berfikir secara lebih terbuka.
"Mungkin dengan cara ini ia secara tidak langsung mendidik mereka untuk membesar sebagai seorang dewasa yang berfikiran terbuka.
"Rancangan ini menarik apabila kanak-kanak bercakap tentang perasaan yang terbit dari hati mereka berkaitan perasaan marah serta bencikan kekejaman dan keganasan," katanya.
Menurut Madonna kemenangan tersebut sedikit sebanyak menaikkan semangatnya untuk menerbitkan lebih banyak lagi rancangan kanak-kanak yang berkualiti pada masa depan.
Tanggal 10 November ini, bersama-sama pemenang radio serantau lain iaitu dari Brazil, Ghana, India dan Afrika Selatan, Listen Up! sekali lagi disenaraikan bagi merebut anugerah global keseluruhan yang akan diumumkan di New York.
Tambahnya lagi, bermula Januari lalu, Listen Up!, ke udara setiap hari Jumaat pada minggu terakhir setiap bulan pukul 3.15 petang.
Sementara itu, ketiga-tiga kanak-kanak yang memenangi anugerah tersebut pada acara yang sama memberitahu ketika dijemput menyertai forum Listen Up!, mereka langsung tidak mengetahui rancangan itu bakal di senaraikan dalam sebuah pertandingan.
Menurut Farouq, dia dan rakan-rakannya hanya meluahkan pendapat secara spontan mengenai topik yang telah diberikan kepada mereka.
Bagi Izlin pula, biarpun topik yang diberikan agak berat untuk diperkatakan terutamanya bagi kanak-kanak sepertinya namun, sedikit sebanyak ia memberi peluang untuknya berkongsi pendapat dengan para pendengar Traxxfm.
"Pengalaman menyertai dan memenangi anugerah seperti ini memang baik buat kami. Mewakili rakan, memang kami seronok dan gembira kerana kami tiada membuat sebarang persediaan langsung," kata Sabrina.
Traxxfm menerajui masa
Sebagai sebuah stesen yang dipayungi oleh RTM, Traxxfm bertanggungjawab menghebahkan pelbagai informasi kepada para pendengar setia mereka.
Biarpun mengakui rating sesuatu yang penting dalam mengetahui penerimaan para pendengar namun, menurut Madonna, informasi menjadi perkara yang diutamakan berbanding lagu-lagu yang diputarkan.
"Kami tidak seperti mana-mana radio swasta lain yang lebih banyak memutarkan lagu-lagu berbanding menghebahkan pelbagai informasi.
"Setiap slot, masa yang diperuntukkan ialah tiga jam dan dalam tempoh tersebut, hanya 30 buah lagu yang akan diputarkan manakala selebihnya digunakan untuk menghebahkan informasi.
"Inilah yang membezakan Traxxfm dengan stesen-stesen swasta yang lain. Misi utama kami lebih sebagai penyalur maklumat," katanya.
Biarpun tidak meletakkan rating sebagai sasaran utama, namun apa yang membanggakan stesen berkenaan mengalami peningkatan dan kini mencecah lebih 600,000 pendengar.
Menurut seorang lagi rakan sejawatnya, Mareaty Johari, peningkatan tersebut mungkin disebabkan oleh sesi jelajah bertemu peminatnya pada pertengahan tahun lalu selama 10 hari di Sabah dan Sarawak.
Program tersebut meliputi pelbagai aktiviti serta sesi bertemu dan beramah mesra yang melibatkan para penyampai Traxxfm sendiri.
Bukan itu sahaja, Ramadan lalu, Traxxfm turut melancarkan program khas bagi meningkatkan kesedaran di kalangan pendengar yang pulang ke kampung untuk berhari raya dengan pelbagai aktiviti termasuklah soal keselamatan di jalanraya.

No comments:
Post a Comment