Tuesday, October 13, 2009

Adi & Burn 4-8 Era


Celoteh Adi dan Burn sudah tentu memeriahkan lagi petang anda bermula jam 4 petang sehingga 8 malam. Paling menarik ialah anda boleh mendengar segmen baru kelolaan Adi dan Burn iaitu Hikayat Mak Nani. Melalui segmen ini, anda boleh mendengar cerita lucu yang dimulakan oleh Adi dan Burn dan kemudiannya disambungkan oleh para pendengar sendiri.
Di samping itu juga Adi dan Burn membuka talian untuk pendengar-pendengar menelefon mereka dengan pelbagai topik yang menarik. Mereka juga akan memutarkan lagu-lagu terkini untuk halwa telinga anda. Jangan ketinggalan untuk anda mendengar Adi dan Burn jam 4 petang hinggalah 8 malam yang dieratkan lagi oleh DiGi Pastinya Pilihan Yang Lebih Bijak.

Jangan lupa untuk ber`sms’ bersama mereka berdua ketika waktu tugas mereka. Mudah saja:
Untuk ber`sms’ bersama Burn, taip BURN mesej dan nama anda dan hantar ke 32555
Untuk ber`sms’ bersama Adi, taip ADI mesej dan nama anda dan hantar ke 32555

No comments:

Post a Comment