SELEPAS empat hari tayangan, filem komedi kekeluargaan, Papadom, berupaya memungut hampir RM1 juta. Membuka tayangan pada 8 Oktober lalu, filem arahan Afdlin Shauki itu ditayangkan kepada penonton di 43 skrin di seluruh negara. Kutipan berkenaan sudah cukup untuk menggembirakan Penerbit Eksekutifnya, Gayatri Su-Lin Pillai dari Tayangan Unggul Sdn Bhd. Nyata, dia amat berbangga dan teruja dengan sambutan membanggakan diberikan peminat terhadap filem lakonan Afdlin, Liyana Jasmay, Que Haidar dan Noorkhiriah itu. "Harapan kami agar kutipan hampir mencecah RM1 juta selepas empat hari itu memberikan petanda orang ramai memang menggemari filem ini. Kami sendiri melawat beberapa lokasi untuk melihat reaksi peminat sewaktu menonton Papadom. Manalah tahu mereka tidak menyukainya, atau diam saja sewaktu tayangan.
"Namun kami amat bersyukur apabila kebanyakannya memang ketawa ketika menyaksikan telatah Afdlin dan pelakon lain dalam filem arahannya itu," ujar Gayatri sewaktu Hip menghubunginya Isnin lalu. Kini, menjadi harapan Tayangan Unggul untuk melihat filem berkenaan menarik lebih ramai penonton dalam masa beberapa hari akan datang, terutama pada hujung minggu ini apabila orang ramai bercuti sempena Deepavali. Berpandukan kutipan empat hari pertama, tidak mustahil jumlah lebih baik dapat dikutip filem komedi ini. Lebih-lebih lagi, tiada filem Melayu lain yang diputarkan di pawagam dalam masa terdekat. Filem seterusnya, Lembing Awang Pulang Ke Dayang akan hanya memasuki pawagam mulai 22 Oktober ini.

"Apabila saya memaklumkan mengenai artikel terbabit kepada pasukan pemasaran kami, mereka juga berasa kecewa. Iyalah, rasanya kami sudah melakukan yang terbaik untuk mempromosikan filem ini kepada orang ramai. "Hampir kesemua medium komunikasi kami gunakan untuk menghebahkan kehadiran filem Papadom ke pawagam. Bukan saja iklan dan kemunculan artis di radio dan televisyen, majalah dan akhbar, kami turut menggunakan saluran internet bagi tujuan promosi. "Apabila menggunakan internet sebagai medium promosi, mungkin khalayaknya adalah golongan lebih muda. Justeru, tidak kesemua orang dapat menerima maklumatnya. "Afdlin sendiri sering kali bercerita mengenai filem ini apabila ditemubual wartawan. Dia menjalankan tanggungjawabnya dengan baik sekali. Rasanya promosi yang kami jalankan selama ini sudah bersifat menyeluruh. Lalu, kami tidak faham apabila ada yang menganggap promosi Papadom agak suram. Mungkin persepsi atau tanggapan individu itu berbeza apabila bercerita mengenai hal ini," katanya.
No comments:
Post a Comment