Tuesday, October 13, 2009

LO Anggap Tiada Rezeki


Usahawan dan penyampai Sinar FM, Linda Onn, tidak bersedih apabila dimaklumkan bahawa dia bukan lagi pengacara Sehati Berdansa 3 (SB3) bersama bekas kekasihnya, Fahrin Ahmad."Tiada apa-apa yang hendak saya komen. Sebab saya bukan pengacaranya lagi. Apa yang boleh saya katakan, ia bukan lagi rezeki saya. Mungkin selepas ini, rezeki saya di tempat lain iaitu bersama dengan rancangan lain pula," katanya kepada murai.com.my. Menurut Linda, dia mendapat tahu perubahan itu setelah dimaklumkan sendiri oleh penerbitnya, Norazian Mohd Zahir (Azian). kira-kira seminggu yang lalu.
"Menerusi panggilan telefon yang diterima, Norazian beritahu yang untuk musim ini saya bukan lagi pengacaranya. Mereka tidak cakap apa sebabnya dan saya sendiri pun tidak bertanya apa-apa. "Tapi, sebelum ini, semua sudah maklum yang saya tidak kisah bekerja dengan sesiapa pun. Malah sampai saat ini pun, saya tidak ada masalah untuk bekerja dengan Fahrin. Tapi, kalau itu sudah keputusan mereka untuk tidak menggunakan khidmat saya lagi, saya terima. Seperti yang saya katakan tadi, ia bukan rezeki saya," katanya dengan positif. Sementara itu sempena Ramadan Al-Mubarak ini Linda menganjurkan majlis berbuka puasa bersama-sama 40 anak-anak yatim dari Rumah Siraman Kasih serta 40 anak-anak fakir miskin dari Sekolah Kebangsaan Alam Damai, Cheras di Restoran My Asam Pedas di Dataran Pandan Prima, Kuala Lumpur, baru-baru ini.Dalam majlis itu, Linda telah menjamu mereka dengan pelbagai juadah yang enak-enak daripada restoran My Asam Pedas sendiri seperti nasi putih bersama Asam Pedas Ikan, Sayur Goreng, Ikan Pari Bakar serta Nasi Ayam daripada satu lagi rangkaian restorannya iaitu My Mom's Chicken Rice. Selain itu, hidangan lain termasuklah satay, kuih-muih, durian serta minuman panas dan sejuk. Lebih menarik lagi Linda turut berusaha mengumpul pelbagai barangan seperti beras, biskut serta air kotak untuk diserahkan kepada kedua-dua rumah kebajikan ini bagi keperluan anak-anak yang kurang yang bernasib baik ini. Malah, Linda turut mengagih-agihkan goodie bags serta duit raya kepada mereka. Kata Linda, kebanyakan barangan itu diperolehi daripada pengedar yang berurusan dengan kedua-dua rangkaian restorannya, My Asam Pedas dan My Mom's Chicken Rice dan ada juga yang digunakan menerusi tabung kebajikan yang diletakkan di setiap premis restorannya itu. "Menerusi tabung ini, pelanggan sering meninggalkan baki wang mereka. Dari situlah, wang itu digunakan untuk disalurkan kepada anak-anak yatim serta anak-anak fakir miskin dalam majlis yang seumpama ini. Ada juga yang saya perolehi hasil sumbangan daripada rakan-rakan artis sendiri seperti pengarah Rashid Sibir dan Umie Aida yang memberikan duit raya. "Ada juga yang datang menyerahkan sendiri sumbangan duit raya seperti Ning Baizura. Walaupun hanya datang sekejap saja, ia sangat bermakna. Yang sanggup datang meraikan majlis ini dari awal hingga akhir pun ada. Misalnya Amyza Aznan bersama suaminya. "Kalau hendak diikutkan ramai lagi artis yang mahu datang termasuklah penyampai radio Sinar FM sendiri tapi mereka sendiri terikat dengan beberapa majlis yang tidak dapat dielakkan," kata Linda. Belum declare Mr S sebagai kekasih baruBercerita pula tentang raya, Linda yang berjubah serta tudung litup hitam berkata, tahun ini dia sekeluarga akan pulang beraya di rumah abangnya di Johor Bahru (JB). "Tahun lepas kami semua telah beraya di Kuala Lumpur. Tapi, nampaknya lebih seronok lagi bila dapat pulang beraya di kampung. Feel di KL tidak sama dengan beraya di JB. InsyaAllah, jika tidak ada aral melintang, saya akan pulang beraya di Johor nanti selama 4 hari. Jadi kesemua rangkaian restoran saya akan ditutup sebab, pekerja saya semuanya Melayu. Mereka tidak ambil cuti untuk perayaan lain, jadi, apa salahnya, saya beri mereka cuti panjang," katanya. Ditanya lebih lanjut tentang hubungannya Mr S yang sebelum ini disebut-sebut sebagai teman lelaki barunya, Linda berkata, dia dan Mr S masih lagi berkawan tetapi dia tidak pernah menganggap lelaki itu lebih daripada seorang teman semata-mata. "Media yang selalu mengaitkan saya dengannya sedangkan saya ini jenis yang suka berkawan dengan sesiapa pun. Tidaklah sama ada kira lelaki atau perempuan," katanya yang akan muncul dengan rancangan Enak Lagi Sihat serta sebuah program amal bersama Adibah Noor & Ezlynn. Kedua-dua program itu akan ditayangkan di RTM 1.

No comments:

Post a Comment