Tuesday, October 13, 2009

Ada Apa Dengan Ahmad Idham?

Gosip terbang tiba-tiba entah dari mana, dianggapnya menggambarkan sikap kurang senang berikutan kejayaan dicapai dalam persada seni tempatan dan menganggap ada pihak mahu menjatuhkannya dengan memporak perandakan kebahagiaan rumah tangganya.Katanya, sebaik membaca gosip hubungannya dengan CT Zie baru baru ini, saya terkejut sambil tergelak kerana dakwaan itu ditulis wartawan yang dikenalinya. "Saya hairan mengapa selepas lebih lima minggu pulang menghadiri Festival Filem Malaysia (FFM) ke-22 di Kota Kinabalu, gosip 'tiada kerja rumah' itu baru dikeluarkan sekarang."Senario ini difahami. Bagi saya, ada pihak cuba khianat, cari jalan jatuhkan orang lain dengan cara ini. Ini bukan gosip bijak, serkap jarang dan berharap plot mereka jadi kenyataan," katanya sewaktu mengadakan majlis rumah terbuka di kediaman barunya di Ampang Jaya.Mengenai gosip mendakwa beliau sedia ditemani CT Zie berhibur di kelab malam bersama artis terkenal, pengarah muda berbakat yang menempa nama melalui filem Jangan Pandang Belakang yang mencatat kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman Malaysia dua tahun lalu mengakui memang mereka berada di sebuah kelab selepas selesai sesi harian FFM ketika itu.Bagaimanapun kata Ahmad Idham, ketika itu dia tidak keluar dengan CT Zie saja tetapi turut bersama Hans Isaac, Juliana Evans dan Sam Shaheizy."Kami berbincang, bertukar pandangan dalam pelbagai aspek mengenai masa depan filem Malaysia termasuk mencari bakat baru. Mencari artis wanita jadi pelakon memang tugas saya selain mengarah filem dan drama seperti sekarang. "Saya dapati CT Zie ada kriteria, berpotensi menyertai industri perfileman kita. Saya perkenalkannya kepada Pengarah Urusan Metrowealth International Group (MIG), David Teo sebaik pulang ke Kuala Lumpur. Sejak itu, segala urusan mengenai CT diuruskan David."David mengingatkan saya supaya tidak layan gosip tidak berasas itu kerana boleh beri kesan buruk dan menjejaskan rumah tangga. Saya faham dan memang tiada niat buruk. Saya tidak menolak gosip membina tetapi jika ada gosip setakat terima satu panggilan, kemudian tulis, ini tidak betul.

Ahmad Idham memiliki karier selama 15 tahun sebagai pelakon drama dan filem sebelum bergelar pengarah. Beliau membintangi berpuluh drama tempatan sepanjang tempoh itu dan menceburi lakonan melalui filem KL Universiti pada 1994 diikuti Tomboy arahan Zulkifli Salleh Ghani setahun kemudian. Filem pertama arahannya, Mr Cinderella pada 1999."Buat masa ini, saya tidak pandang serius gosip kurang intelek ini kerana mengingatkan saya kepada situasi membabitkan Akhil Hayy dan Waheeda. Mereka harap apabila gosip ini timbul, ia menjadi seperti itu sedangkan mereka sendiri tidak yakin hanya berharap ia jadi kenyataan. "Konspirasi seperti ini berterusan tetapi saya jika boleh tidak mahu menghalang orang lain mencari rezeki," kata Ahmad Idham memegang falsafah perkara betul tetap betul dan salah tetap salah.Kata Ahmad Idham, dia menyayangi rumah tangga dibina bersama isteri, Jameah Abdul Aziz sejak 10 tahun lalu dan dikurniakan tiga cahaya mata, Ahmad Firdaus, 9, Ahmad Aydeel, 5 dan Kintan Myra, 3."Jika hendak berlaku curang dengan keluarga saya, banyak cara lain boleh dilakukan tetapi saya tidak berniat begitu. Banyak perkara lain mahu saya lakukan untuk memajukan filem kita. Saya anggap ini semua dugaan, salah satu perjalanan saya lalui yang akan mematangkan diri," katanya.Buat masa ini, Ahmad Idham sedang menanti tayangan Senario The Movie: Episod 2 yang akan ditayangkan pada 19 November depan dan Niang Rapik Adventure awal tahun depan.Filem arahan beliau, Jangan Pandang Belakang pada 2007, adalah filem seram Malaysia mencatat rekod keuntungan tertinggi di Malaysia mengatasi pencapaian Sembilu pada 1994, dengan keuntungan bernilai RM6.3 juta.


1 comment:

  1. korang nk tau tk cara jadi cantik dalam 3 minit ?
    cuba korang tengok blog ni,mesti korang terkezzut .klik kt tulisan atas :-

    http://cantikmenawan3minit.blogspot.com/

    ReplyDelete