Tuesday, October 13, 2009

Scha Tabik Linda Onn,Bukan Perampas


Tiada istilah cuba merampas takhta, pelakon baru Scha Al Yahya akui dia sebenarnya tabik dengan kehebatan Linda Onn sebagai pengacara dan penyampai malah meletakkan Linda sebagai ikonnya sendiri.Scha yang juga pelakon Awan Dania telah sah dipilih menggantikan tempat Linda sebagai hos baru program Sehati Berdansa untuk siaran Astro Ria bersama kekasihnya, Fahrin Ahmad. Isunya di sini, Fahrin dulu adalah kekasih Linda tetapi Fahrin kini sedang bercinta dengan Scha. Jadi telah timbul desas-desus mengatakan, Scha bukan sahaja merampas Fahrin dari Linda, tetapi Scha juga merampas tugas Linda daripada program tarian yang semakin gah itu."Kita tolaklah semua isu peribadi. Hakikat sebenar, Scha tidak pernah merampas Fahrin daripada sesiapa pun dan Scha juga tidak pernah merampas tempat Linda dalam Sehati Berdansa. Malah Scha tabik dengan kehebatan Linda sebagai seorang penyampai dan pengacara serta meletakkan dia sebagai ikon Scha.
"Linda sudah berada pada satu tahap yang sudah selesa di atas dan dikenali ramai sedangkan Scha pula masih di bawah. Scha tahu selama 2 musim lepas, Linda dan Fahrin telah berjaya mempopularkan Sehati Berdansa dan semua peminat mereka juga sedar akan hal ini."Tapi keputusan Scha menjadi hos bersama Fahrin adalah keputusan Astro Ria dan Scha hanya menerima itu sebagai satu penghormatan dan tanggung jawab baru. Ia satu peluang yang sangat menarik, bukan sebab bayaran tapi pada masa yang sama, sungguh mencabar. Dan Scha tahu orang akan tetap membandingkan Scha dengan Linda tapi lambat laun ia mungkin akan lenyap," kata pelakon drama komedi Naik Hantu dan filem Papadom itu.Kata Scha, dia mendapat tawaran itu daripada Astro kira-kira 2 bulan lepas tetapi hanya bersetuju pada bulan lalu. Katanya, dia menerima tawaran itu atas dasar ingin mencuba kerana peluang itu mungkin datang sekali dalam seumur hidupnya."Dengan pembabitan Scha selama 10 minggu dalam Sehati Berdansa 3, bermakna Scha tidak boleh terikat dengan banyak tawaran lain. Yang penting buat Scha ketika ini adalah Sehati Berdansa dan sekuel Awan Dania 2 tetapi ia lebih mudah kerana kedua-duanya diterbitkan oleh Astro. Jadi mereka akan menyusun jadual yang sesuai untuk Scha," katanya yang menghoskan program Sehati Sejiwa di RTM.Ditanya bagaimanakah dia akan bekerja tanpa mencampuradukkan hal peribadi dengan Fahrin kelak, Scha berkata: "Kami berdua telah berbincang tentang perkara itu dan rasanya masing-masing sudah faham bahawa tugas lebih penting daripada hal peribadi. Baru-baru ini berdua ada menghoskan program Santai Aidilfitri untuk TV9 dan kami tidak ada masalah dan memang had fun. Fahrin juga tidak memberi tekanan kepada Scha dan dia banyak membantu Scha."Bagi Scha, dia akan bersedia untuk dikritik kelak kerana kerjayanya sebagai pelakon dan pengacara memang terdedah kepada komen serta kritikan masyarakat. "Mungkin ada ketikanya Scha akan rasa down tapi tak apalah, Sha selalu terima kritikan dengan fikiran yang terbuka kerana kita tidak boleh memuaskan hati semua orang. Yang penting kita buat yang terbaik dan memperbaiki kelemahan diri kita," ujarnya yang semakin seksi.

No comments:

Post a Comment