Tuesday, October 13, 2009

C30 Malam Era Bersama Ray & Dina

Dengarkanlah ERA setiap Isnin hingga Jumaat bersama krew malam ERA terbaru, Adi dan Burn dari jam 6 ptg - 8 mlm DAN Ray & Dina dari jam 8 mlm - 12 tgh mlm. Inilah segmen khas untuk setiap pendengar kerana andalah penentu lagu untuk setiap malam dan andalah juga tetamu khas untuk setiap malam. Pilihlah lagu yang ingin anda dengar disini dan luahkanlah isi hati dalam segmen Usya-Usya dari jam 8 mlm - 9 mlm (Isnin - Khamis).

Pada hari Sabtu dan Ahad, dari jam 6 ptg - 12 tgh mlm, lafazkanlah dedikasi anda dengan menelefon studio, menghantar emel ataupun faksimili, mahupun menerusi SMS dan dengarkanlah lagu anda di Malam ERA. Berseronoklah bersama penyampai yang bertugas selama 6 jam berturutan.

USYA-USYA (Isnin-Khamis)Telefonlah ERA dan luahkanlah isi hati anda, samada ianya tentang pertengkaran, masalah ataupun rahsia kasih anda terhadap seseorang. Ray & Dina akan cuba membantu anda menyelesaikan pertikaian mahupun rasa malu anda dengan menelefon pihak yang satu lagi.

C30 ERA
Menampilkan 30 lagu terkini yang di undi oleh para pendengar, carta ini berlangsung setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 9 mlm hingga 12 tgh mlm bersama Ray & Dina.
Anda boleh menentukan kedudukan lagu-lagu di dalam senarai kedudukan C30 dengan mengundi di laman web ini. Mudah sahaja, tersenarai di bawah adalah lagu-lagu yang dipertandingkan. Anda hanya perlu memilih 10 lagu pilihan anda dan hantar.

Pastikan anda mendengar C30 setiap malam untuk mengetahui siapakah yang tersenarai di kedudukan 30 teratas!
C30@ERA dibawakan oleh Dunia Ku, Maxis Ku.

No comments:

Post a Comment