Wednesday, October 14, 2009

21 Guns by Green Day

Do you know what's worth fighting for,
When it's not worth dying for?
Does it take your breath away
And you feel yourself suffocating?
Does the pain weigh out the pride?
And you look for a place to hide?
Did someone break your heart inside?
You're in ruins
One, 21 guns
Lay down your arms
Give up the fight
One, 21 guns
Throw up your arms into the sky,
You and I
When you're at the end of the road
And you lost all sense of control
And your thoughts have taken their toll
When your mind breaks the spirit of your soul
Your faith walks on broken glass
And the hangover doesn't pass
Nothing's ever built to last
You're in ruins
One, 21 guns
Lay down your arms
Give up the fight
One, 21 guns
Throw up your arms into the sky,
You and I
Did you try to live on your own
When you burned down the house and home?
Did you stand too close to the fire?
Like a liar looking for forgiveness from a stone
When it's time to live and let die
And you can't get another try
Something inside this heart has died
You're in ruins
One, 21 guns
Lay down your arms
Give up the fight
One, 21 guns
Throw up your arms into the sky
One, 21 guns
Lay down your arms
Give up the fight
One, 21 guns
Throw up your arms into the sky,
You and I

Aznil Kagumi DJ 'Otai'

UMUM mengetahui figura unggul ini antara selebriti tempatan yang memiliki bakat yang cukup luar biasa. Semua bidang pernah dicubanya baik dalam dunia lakonan, nyanyian dan juga pengarahan filem sehingga dia pernah menerima kritikan hebat.
Namun kritikan dan hentaman bukanlah satu halangan dan langsung tidak menjadi kudis buat Aznil Nawawi untuk terus memperkukuhkan legasi seninya.
Sepanjang hampir dua dekad bergelar anak seni, bidang pengacaraan diakui berjaya meletakkan namanya di puncak yang paling tinggi sehingga dia layak menerima gelaran pengacara nombor satu negara.
Selain mempamerkan kehebatannya di pentas sebagai pengacara, Aznil juga tidak kurang hebatnya sebagai seorang penyampai radio di Era FM.
Sudah hampir empat tahun menggalas tanggungjawab itu, populariti yang dikecapinya ternyata memberi impak yang besar buat stesen radio itu.
Mungkin ramai yang tidak tahu, hubungan Aznil dengan gelanggang penyampaian radio bukanlah baru.
Tugas pertama beliau ialah di stesen radio Red FM selama dua tahun bermula tahun 1997 hingga 1999. Ketika itu, dia mengendalikan rancangan Hip Hop Remaja yang ke udara pada setiap hari Sabtu.
Apa yang uniknya, Aznil tidak memiliki sebarang pendidikan khusus untuk menjadi penyampai radio seperti mana sesetengah penyampai yang mempunyai latar belakang dalam bidang komunikasi dan penyiaran.
Sebaliknya, lulusan ekonomi dari Universiti Malaya (UM) ini belajar daripada pengalaman, pendengaran serta pemerhatiannya daripada tiga orang penyampai radio terdahulu yang amat dihormatinya.
Untuk itu, Mega menunaikan permintaan Aznil yang mahu digandingkan dengan tiga deejay 'otai', Chuari Selamat, Noramin dan Sazali Said dalam satu sesi fotografi istimewa yang diadakan di Istana Budaya, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Rona bahagia dan gembira terpancar jelas pada wajah selebriti yang tidak makan tua itu sebaik menghulur tangan dan berjabat mesra dengan tiga personaliti yang diangkatnya sebagai idola itu.
Harus diakui, kehebatan Chuari, Noramin dan Sazali sebagai penyampai radio sudah termaktub sebagai antara yang terbaik dan memiliki kualiti serta gaya persembahan yang tersendiri.
Seorang lagi penyampai, Zainaldin Zainal juga merupakan seorang lagi idola Aznil. namun, atas sebab-sebab tidak dapat dielakkan, Zainaldin tidak dapat turut serta.
"Mereka bertiga ini sebenarnya telah memberikan impak yang besar dalam kerjaya seni saya terutama dalam bidang radio.
"Saya banyak belajar daripada mereka untuk membentuk diri saya menjadi seorang penyampai radio yang baik dalam situasi yang berbeza," ujar personaliti yang genap usianya 47 tahun pada 6 November depan.
Ketiga-tiga mereka dari kaca mata Aznil memiliki kelas dan berada di liga tersendiri.
Vokal unik Chuari
Satu yang pasti kata Aznil, kehadiran Chuari telah membuka matanya bahawa untuk menjadi seorang penyampai radio tidak seharusnya memiliki suara yang tebal dan garau.
Chuari telah membuktikan bahawa dengan suara nipis dan halusnya itu membuatkannya dikenali ramai, terutama sekali jika beliau mula berpantun.
"Itu yang buat saya kagum dengannya kerana apabila dia membaca pantun, kedengaran sungguh sedap sekali.
"Saya masih ingat lagi sekitar tahun 1984 apabila saya menjemput Chuari untuk satu pertandingan berbalas pantun sewaktu menuntut di Universiti Malaya (UM).
"Kerana terlalu minat dengannya, saya hanya duduk memerhatikan cara dia bekerja. Satu lagi kelebihan yang ada pada Chuari ialah dia begitu spontan sewaktu bekerja," kata Aznil yang juga kagum dengan semangat serta dedikasi yang dimiliki oleh Pengawal Radio Klasik Nasional itu.
Tambahnya, kelebihan yang dimiliki Chuari itulah yang diterapkan Aznil sewaktu berada di konti saat berkomunikasi dengan pendengar.
Gelombang baru Noramin
Sementara itu, kehadiran Noramin dalam bidang penyiaran radio telah membawa satu gelombang baru yang pantas diterima dengan cukup baik oleh pendengar ketika itu.
Masakan tidak, menurut Aznil, sebelum ini penyampai radio begitu menjaga tutur kata dan adab sewaktu menyampaikan maklumat.
Tetapi, Noramin telah memecah tradisi itu dengan menjadikan radio sebagai medium yang cukup ceria, menarik dan menghiburkan.
"Dulu kalau tak dengar suara Noramin, saya bagai hilang sesuatu dan tidak lengkap rasanya hari-hari saya.
"Noramin berjaya mewujudkan identiti serta membuka minda saya bahawa kita perlu menjadi diri kita sendiri apabila berada di konti.
"Hanya dengan cara itu, pendengar akan berasa selesa dan kita sebagai penyampai radio juga akan menjadi dekat dengan pendengar," ujarnya yang merupakan pendengar setia Radio Malaysia Ibu Kota (RMIK) ketika itu.
Jika Chuari dan Noramin menjadi guru Aznil hanya melalui pendengaran dan pengamatan, lain pula halnya dengan Sazali.
Cerita Aznil, dia sempat menjalani sesi orientasi selama dua minggu selama tiga jam sehari hanya untuk melihat dan mengamati cara Sazali bekerja sewaktu di Red FM.
Daripada situ, Aznil mengutip pengalaman dan ilmu pengetahuan terutama sekali bagaimana hendak berkomunikasi dengan pendengar serta pemanggil agar mereka menjadi lebih dekat dengan kita.
"Sazali melayan pendengarnya seperti seorang kawan yang sudah lama dikenalinya. Jadi, saya lihat pendengar menjadi mesra dan atmosfera itu menjadi lebih intimasi.
"Kelebihan yang ada pada Sazali juga adalah kecekapannya mengendalikan sistem komputer yang baru sahaja diperkenalkan ketika itu.
"Bukan itu sahaja, cara dia bergurau juga cukup bijak. Apabila kita ke udara, ada kalanya nada suara kita itu mampu disalah tafsir sedangkan kita tidak berniat apa-apa pun," tuturnya bersungguh.
Aznil versatil - Sazali
Ternyata Sazali tidak dapat menyembunyikan perasaannya saat diberitahu Aznil mengangkatnya sebagai salah seorang idolanya.
Malah Sazali dengan penuh jujur memberitahu, dia juga menganggap Aznil sebagai mentornya dan banyak yang dipelajarinya daripada pengacara unggul itu.
Kehebatannya cukup terserlah sehinggakan dia mampu membawa dirinya dengan baik baik menerusi televisyen mahupun radio.
"Dia sungguh bersahaja dan bijak mengawal situasi serta keadaan. Itu kelebihan yang ada pada diri dia.
"Aznil juga merupakan contoh terbaik kepada anak-anak muda yang mahu menjadikan bidang pengacaraan dan penyampaian radio sebagai kerjaya," katanya yang berkhidmat dengan RTM selama 15 tahun dari 1982 hingga 1987.
Sazali yang mengendalikan rancangan Pupok dan Tutu di Radio 1 bermula tahun 1983 selama lima tahun sempat menitipkan nasihat dan pesanan buat mereka yang meminati bidang penyiaran radio.
Jelasnya, untuk menjadi penyampai radio yang baik seseorang itu juga perlu mempunyai sense of humour selain petah berkata-kata.
"Kita mahu pendengar rasa terhibur dengan celoteh kita dan dengan cara itu, mereka tidak akan cepat berasa bosan," ujarnya yang kini mengendalikan unit berita dan ehwal semasa di stesen radio Suria FM.
Aznil ada gaya tersendiri - Chuari
Bagi Chuari pula, beliau mula mengenali Aznil pada 1984 sewaktu penyampai radio Era itu masih menuntut di UM.
Terlibat dengan satu program berbalas pantun antara Radio Malaysia Rangkaian Nasional dan UM, Aznil ketika itu, jelasnya, merupakan salah seorang ahli jawatankuasa program berkenaan.
Aznil dari kaca mata Chuari merupakan seorang lelaki yang bersemangat tinggi dan begitu komited dengan kerja.
"Saya kagum dengan kebolehan dia. Aznil mempunyai kebolehan untuk menguasai penonton dan mampu menghiburkan orang di semua peringkat.
"Paling penting, Aznil cukup peramah dan tidak sombong serta tidak lokek untuk berkongsi ilmu,'' katanya.
Chuari yang sudah 37 tahun berkhidmat di sektor radio berkata, Aznil memiliki gaya tersendiri dan lawak yang dipersembahkan semasa bertugas di konti merupakan lawak pintar.
Menasihatkan penyampai-penyampai radio lain menjadikan Aznil sebagai contoh, jelasnya, mereka harus ada daya usaha untuk menambah ilmu agar cara penyampaian lebih bertambah berkesan.
"Seperkara lagi, jika bercakap di hadapan mikrofon, tidak perlulah terjerit-jerit. Cakap seperti biasa sahaja.
"Kami dahulu cukup ditegah menjerit," jelasnya yang sehingga kini masih aktif mengendalikan rancangan khas malam raya sempena Aidilfitri biarpun sudah bergelar 'orang atasan' dalam Klasik Nasional.
Tiga faktor kekuatan Aznil
Dalam pada itu, Noramin yang cukup popular dengan program bahasa Jepun Moshi-Moshi di RMIK suatu ketika dulu berkata, kejayaan yang ditempa Aznil sebagai penyampai radio dan pengacara boleh disandarkan kepada tiga faktor.
Beliau yang juga pensyarah di Institut Penyiaran Tun Abdul Razak (IPTAR) berkata, tiga faktor tersebut ialah apa yang dinamakan sebagai akademik, kosmetik dan kreatif radio.
Untuk akademik radio, jelasnya, Aznil diakui mempunyai pengetahuan radio dan dasar penyiaran serta etika penyampaian yang tinggi.
Begitu juga kepada kosmetik radio, Noramin memberitahu, bahawa kebanyakan penyampai radio atau pengacara tidak memiliki faktor ini.
"Melalui kosmetik radio, Aznil mampu menjadi satu 'produk' yang jangka hayatnya panjang. Dia pandai memikirkan sesuatu yang baru bagi membolehkan namanya kekal bertahan sepanjang masa.
"Penyampai lain bagus tetapi mereka sekadar bertindak sebagai pengantara sahaja. Ramai yang tidak ada asas penyiaran. Sejarah radio pun mereka tidak tahu.
"Terakhir sekali, faktor kreativiti. Saya melihat Aznil sebagai seorang yang cukup kreatif dan memiliki tahap waspada serta peka yang baik ketika bertugas," katanya.
Menurut Noramin, unsur-unsur populariti dan imej juga menjadi faktor sampingan untuk membolehkan seseorang itu relevan dalam apa sahaja tugasan yang dipertanggungjawabkan.

Suria Fm Susun Strategi Baru

MENCATAT jumlah peningkatan pendengar dalam satu kajian baru-baru ini, Suria FM kini sedang menyusun strategi bagi melonjakkan lagi momentum populariti dan kedudukan stesen radio berkenaan.

Bakal mengadakan pertemuan bersemuka bersama khalayak pendengar terpilih, ia merupakan salah satu strategi awal Suria FM bagi mendapatkan respons mengenai prestasi stesen itu sepanjang 2009.

Apa yang pasti, hasil daripada pertemuan itu nanti, ia akan membuahkan idea untuk Suria FM melakukan perubahan pada masa mendatang.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin, pertemuan bersemuka itu akan dijalankan tidak lama lagi meliputi khalayak pendengar seluruh negara terpilih.

Jelasnya, khalayak pendengar selaku responden itu akan dipecah-pecahkan mengikut beberapa kategori antaranya umur dan gender.

''Setakat ini, saya masih belum berpuas hati dengan pencapaian Suria FM. Masih ramai pendengar yang belum menjadikan Suria FM sebagai stesen pilihan.

''Makna kata, mereka ini belum lagi fanatik terhadap Suria FM.
''Justeru, kami akan laksanakan program bersemuka dengan pendengar dan bertanyakan sendiri mengenai apa yang mereka minati dan tidak terhadap stesen ini,'' katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Suria FM di Hotel Concorde, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Selain warga kerja dan barisan penyampai radio Suria FM, turut sama memeriahkan rumah terbuka itu ialah kalangan pengiklan, pelanggan, pendengar serta barisan artis antaranya Noryn Aziz, Aizat, Farawahida, Alyah dan Liyana Jasmay.

Hadir sama, isteri Engku Emran, Erra Fazira bersama puteri comel mereka, Engku Aleesya.
Menurut Engku Emran, pertemuan bersemuka bersama pendengar terpilih akan membabitkan seramai 200 orang.

Jelasnya, pandangan dan respons mereka amat bernilai untuk Suria FM melakukan sesuatu yang menepati selera pendengar di masa akan datang.

''Selain mendapatkan respons, kami di Suria FM juga sedang dalam proses merangka dan mengeluarkan idea-idea baru,'' ujarnya.

Kata Engku Emran, berdasarkan kepada respons dan penilaian, berkemungkinan akan ada rombakan dilakukan terhadap jadual tugasan penyampai radionya.

''Mungkin ada tetapi masih terlalu awal untuk saya perkatakan mengenai hal sedemikian.
''Di Suria FM, ada beberapa segmen yang mendapat rating tertinggi terutamanya pagi, petang dan malam. Banyak lagi yang perlu diperbaiki terutama daripada segi isi kandungan program. Penyampai radio kami pun bukannya popular seperti stesen lain.

''Stesen radio lain punyai sokongan daripada stesen televisyen. Saya tidak nafikan populariti penyampai itu penting. Justeru, kami juga ada perancangan untuk mempopularkan penyampai radio Suria FM,'' katanya yang mensasarkan kedudukan terbaik untuk Suria FM pada tahun depan.

Untuk hal itu, jelas Engku Emran, pihaknya telah berbincang bersama beberapa produser bagi memberi peluang kepada penyampai radio Suria FM untuk didedahkan kepada populariti.

Kenapa tidak ambil Erra atau artis?

Sementara itu, Engku Emran ketika diajukan soalan tentang kenapa Suria FM tidak mengambil artis atau Erra selaku penyampai radio berkata, banyak faktor perlu diselidik sebelum menyerap artis menjadi penyampai radio.
''Dahulu, memang saya tidak percaya dengan populariti yang bakal diraih radio apabila membawa masuk artis sebagai penyampai radio.
''Bukan apa, hendak menjaga jadual mereka bukannya mudah kerana mereka juga ada komitmen lain.


''Namun, satu hari nanti, mungkin saya terpaksa akur jika itu kehendak pendengar. Berkenaan Erra pula, semua sudut dan perkara perlu difikirkan. Kalau tidak menjadi, ia akan memberi satu tekanan yang berat buat Suria FM,'' tegasnya.

Apa kata Zizi dan Tuah?

Dalam pada itu, Ahmad Zuwairi Mohd. Nor (Zizi) dan Tuah Zoqarnain Idris (Tuah) yang bersama mengendalikan Breakfast@Suria di waktu pagi punyai perancangan sendiri untuk meningkatkan lagi populariti Suria FM di tahun depan andai masih dikekalkan berdua.
Bagi Zizi, mengendalikan Breakfast@Suria yang menjadi antara segmen tertinggi mencatat jumlah pendengar di Suria FM, ia bukanlah satu perkara yang boleh dibuat 'main-main'.
Katanya, tanggungjawab yang dipikulnya dan Tuah cukup besar terutama untuk dipertahankan dan terus mencapai peningkatan.


''Sebagai stesen yang boleh dikatakan masih baru, kami perlu kerja lebih untuk bersaing dengan stesen senior lain.
''Untuk tahun depan, kami tidak kisah ditempatkan di segmen mana. Apa yang penting adalah bekerja secara kumpulan demi Suria FM,'' katanya.


Pendapat Zizi turut disokong oleh Tuah yang tidak menyesal memilih Suria FM biarpun stesen radio terbabit masih belum mencatat jumlah pendengar tertinggi.

Ujar Tuah, di sebalik perancangan untuk menguatkan isi kandungan penyiaran program, Suria FM menurut pemerhatiannya perlu meningkatkan kerja-kerja publisiti atau promosi.

Ditanya mengenai gandingannya bersama Zizi, Tuah berkata : ''Walaupun kami sering berselisih pendapat dan bermasam muka sewaktu di konti, semuanya diselesaikan secara profesional.

''Saya dan Zizi saling lengkap-melengkapi. Zizi punyai kekuatan dalam melontarkan pendapat. Bagaimanapun, bergantung kepada pihak pengurusan sama ada mahu mengekalkan atau sebaliknya gandingan kami berdua.''

Papadom Kutip 1 Juta Dalam 4 Hari!

SELEPAS empat hari tayangan, filem komedi kekeluargaan, Papadom, berupaya memungut hampir RM1 juta. Membuka tayangan pada 8 Oktober lalu, filem arahan Afdlin Shauki itu ditayangkan kepada penonton di 43 skrin di seluruh negara. Kutipan berkenaan sudah cukup untuk menggembirakan Penerbit Eksekutifnya, Gayatri Su-Lin Pillai dari Tayangan Unggul Sdn Bhd. Nyata, dia amat berbangga dan teruja dengan sambutan membanggakan diberikan peminat terhadap filem lakonan Afdlin, Liyana Jasmay, Que Haidar dan Noorkhiriah itu. "Harapan kami agar kutipan hampir mencecah RM1 juta selepas empat hari itu memberikan petanda orang ramai memang menggemari filem ini. Kami sendiri melawat beberapa lokasi untuk melihat reaksi peminat sewaktu menonton Papadom. Manalah tahu mereka tidak menyukainya, atau diam saja sewaktu tayangan.

"Namun kami amat bersyukur apabila kebanyakannya memang ketawa ketika menyaksikan telatah Afdlin dan pelakon lain dalam filem arahannya itu," ujar Gayatri sewaktu Hip menghubunginya Isnin lalu. Kini, menjadi harapan Tayangan Unggul untuk melihat filem berkenaan menarik lebih ramai penonton dalam masa beberapa hari akan datang, terutama pada hujung minggu ini apabila orang ramai bercuti sempena Deepavali. Berpandukan kutipan empat hari pertama, tidak mustahil jumlah lebih baik dapat dikutip filem komedi ini. Lebih-lebih lagi, tiada filem Melayu lain yang diputarkan di pawagam dalam masa terdekat. Filem seterusnya, Lembing Awang Pulang Ke Dayang akan hanya memasuki pawagam mulai 22 Oktober ini.
"Biarpun diberikan klasifikasi PG13, kami amat berharap golongan ibu bapa sendiri dapat berseronok dengan filem ini. Ia hiburan untuk seisi keluarga, bukan untuk anak-anak muda atau golongan remaja saja. "Afdlin sendiri seorang yang sememangnya kelakar dan sifat lucunya itu boleh membuatkan semua orang ketawa. Jadi, pelakon dan pengarah itu sendiri ialah antara kekuatan utama yang boleh disaksikan dalam filem ini. "Pada masa yang sama, Papadom turut memaparkan babak yang menyentuh perasaan. Ia sebuah kisah keluarga yang boleh dinikmati dan dirasai oleh setiap daripada kita," jelas Gayatri yang turut mendakwa, barisan pelakon lain juga memainkan peranan besar dalam memastikan filem terbabit mendapat tempat di hati peminat. Mengenai dakwaan kononnya promosi filem terbabit suram, sebagaimana ditulis Kak Pora menerusi ruangannya dalam akhbar sisipan B*Pop, 11 Oktober lalu, Gayatri mengaku dia agak sedih dengan dakwaan berkenaan.


"Apabila saya memaklumkan mengenai artikel terbabit kepada pasukan pemasaran kami, mereka juga berasa kecewa. Iyalah, rasanya kami sudah melakukan yang terbaik untuk mempromosikan filem ini kepada orang ramai. "Hampir kesemua medium komunikasi kami gunakan untuk menghebahkan kehadiran filem Papadom ke pawagam. Bukan saja iklan dan kemunculan artis di radio dan televisyen, majalah dan akhbar, kami turut menggunakan saluran internet bagi tujuan promosi. "Apabila menggunakan internet sebagai medium promosi, mungkin khalayaknya adalah golongan lebih muda. Justeru, tidak kesemua orang dapat menerima maklumatnya. "Afdlin sendiri sering kali bercerita mengenai filem ini apabila ditemubual wartawan. Dia menjalankan tanggungjawabnya dengan baik sekali. Rasanya promosi yang kami jalankan selama ini sudah bersifat menyeluruh. Lalu, kami tidak faham apabila ada yang menganggap promosi Papadom agak suram. Mungkin persepsi atau tanggapan individu itu berbeza apabila bercerita mengenai hal ini," katanya.

Tuesday, October 13, 2009

LO Anggap Tiada Rezeki


Usahawan dan penyampai Sinar FM, Linda Onn, tidak bersedih apabila dimaklumkan bahawa dia bukan lagi pengacara Sehati Berdansa 3 (SB3) bersama bekas kekasihnya, Fahrin Ahmad."Tiada apa-apa yang hendak saya komen. Sebab saya bukan pengacaranya lagi. Apa yang boleh saya katakan, ia bukan lagi rezeki saya. Mungkin selepas ini, rezeki saya di tempat lain iaitu bersama dengan rancangan lain pula," katanya kepada murai.com.my. Menurut Linda, dia mendapat tahu perubahan itu setelah dimaklumkan sendiri oleh penerbitnya, Norazian Mohd Zahir (Azian). kira-kira seminggu yang lalu.
"Menerusi panggilan telefon yang diterima, Norazian beritahu yang untuk musim ini saya bukan lagi pengacaranya. Mereka tidak cakap apa sebabnya dan saya sendiri pun tidak bertanya apa-apa. "Tapi, sebelum ini, semua sudah maklum yang saya tidak kisah bekerja dengan sesiapa pun. Malah sampai saat ini pun, saya tidak ada masalah untuk bekerja dengan Fahrin. Tapi, kalau itu sudah keputusan mereka untuk tidak menggunakan khidmat saya lagi, saya terima. Seperti yang saya katakan tadi, ia bukan rezeki saya," katanya dengan positif. Sementara itu sempena Ramadan Al-Mubarak ini Linda menganjurkan majlis berbuka puasa bersama-sama 40 anak-anak yatim dari Rumah Siraman Kasih serta 40 anak-anak fakir miskin dari Sekolah Kebangsaan Alam Damai, Cheras di Restoran My Asam Pedas di Dataran Pandan Prima, Kuala Lumpur, baru-baru ini.Dalam majlis itu, Linda telah menjamu mereka dengan pelbagai juadah yang enak-enak daripada restoran My Asam Pedas sendiri seperti nasi putih bersama Asam Pedas Ikan, Sayur Goreng, Ikan Pari Bakar serta Nasi Ayam daripada satu lagi rangkaian restorannya iaitu My Mom's Chicken Rice. Selain itu, hidangan lain termasuklah satay, kuih-muih, durian serta minuman panas dan sejuk. Lebih menarik lagi Linda turut berusaha mengumpul pelbagai barangan seperti beras, biskut serta air kotak untuk diserahkan kepada kedua-dua rumah kebajikan ini bagi keperluan anak-anak yang kurang yang bernasib baik ini. Malah, Linda turut mengagih-agihkan goodie bags serta duit raya kepada mereka. Kata Linda, kebanyakan barangan itu diperolehi daripada pengedar yang berurusan dengan kedua-dua rangkaian restorannya, My Asam Pedas dan My Mom's Chicken Rice dan ada juga yang digunakan menerusi tabung kebajikan yang diletakkan di setiap premis restorannya itu. "Menerusi tabung ini, pelanggan sering meninggalkan baki wang mereka. Dari situlah, wang itu digunakan untuk disalurkan kepada anak-anak yatim serta anak-anak fakir miskin dalam majlis yang seumpama ini. Ada juga yang saya perolehi hasil sumbangan daripada rakan-rakan artis sendiri seperti pengarah Rashid Sibir dan Umie Aida yang memberikan duit raya. "Ada juga yang datang menyerahkan sendiri sumbangan duit raya seperti Ning Baizura. Walaupun hanya datang sekejap saja, ia sangat bermakna. Yang sanggup datang meraikan majlis ini dari awal hingga akhir pun ada. Misalnya Amyza Aznan bersama suaminya. "Kalau hendak diikutkan ramai lagi artis yang mahu datang termasuklah penyampai radio Sinar FM sendiri tapi mereka sendiri terikat dengan beberapa majlis yang tidak dapat dielakkan," kata Linda. Belum declare Mr S sebagai kekasih baruBercerita pula tentang raya, Linda yang berjubah serta tudung litup hitam berkata, tahun ini dia sekeluarga akan pulang beraya di rumah abangnya di Johor Bahru (JB). "Tahun lepas kami semua telah beraya di Kuala Lumpur. Tapi, nampaknya lebih seronok lagi bila dapat pulang beraya di kampung. Feel di KL tidak sama dengan beraya di JB. InsyaAllah, jika tidak ada aral melintang, saya akan pulang beraya di Johor nanti selama 4 hari. Jadi kesemua rangkaian restoran saya akan ditutup sebab, pekerja saya semuanya Melayu. Mereka tidak ambil cuti untuk perayaan lain, jadi, apa salahnya, saya beri mereka cuti panjang," katanya. Ditanya lebih lanjut tentang hubungannya Mr S yang sebelum ini disebut-sebut sebagai teman lelaki barunya, Linda berkata, dia dan Mr S masih lagi berkawan tetapi dia tidak pernah menganggap lelaki itu lebih daripada seorang teman semata-mata. "Media yang selalu mengaitkan saya dengannya sedangkan saya ini jenis yang suka berkawan dengan sesiapa pun. Tidaklah sama ada kira lelaki atau perempuan," katanya yang akan muncul dengan rancangan Enak Lagi Sihat serta sebuah program amal bersama Adibah Noor & Ezlynn. Kedua-dua program itu akan ditayangkan di RTM 1.

Scha Tabik Linda Onn,Bukan Perampas


Tiada istilah cuba merampas takhta, pelakon baru Scha Al Yahya akui dia sebenarnya tabik dengan kehebatan Linda Onn sebagai pengacara dan penyampai malah meletakkan Linda sebagai ikonnya sendiri.Scha yang juga pelakon Awan Dania telah sah dipilih menggantikan tempat Linda sebagai hos baru program Sehati Berdansa untuk siaran Astro Ria bersama kekasihnya, Fahrin Ahmad. Isunya di sini, Fahrin dulu adalah kekasih Linda tetapi Fahrin kini sedang bercinta dengan Scha. Jadi telah timbul desas-desus mengatakan, Scha bukan sahaja merampas Fahrin dari Linda, tetapi Scha juga merampas tugas Linda daripada program tarian yang semakin gah itu."Kita tolaklah semua isu peribadi. Hakikat sebenar, Scha tidak pernah merampas Fahrin daripada sesiapa pun dan Scha juga tidak pernah merampas tempat Linda dalam Sehati Berdansa. Malah Scha tabik dengan kehebatan Linda sebagai seorang penyampai dan pengacara serta meletakkan dia sebagai ikon Scha.
"Linda sudah berada pada satu tahap yang sudah selesa di atas dan dikenali ramai sedangkan Scha pula masih di bawah. Scha tahu selama 2 musim lepas, Linda dan Fahrin telah berjaya mempopularkan Sehati Berdansa dan semua peminat mereka juga sedar akan hal ini."Tapi keputusan Scha menjadi hos bersama Fahrin adalah keputusan Astro Ria dan Scha hanya menerima itu sebagai satu penghormatan dan tanggung jawab baru. Ia satu peluang yang sangat menarik, bukan sebab bayaran tapi pada masa yang sama, sungguh mencabar. Dan Scha tahu orang akan tetap membandingkan Scha dengan Linda tapi lambat laun ia mungkin akan lenyap," kata pelakon drama komedi Naik Hantu dan filem Papadom itu.Kata Scha, dia mendapat tawaran itu daripada Astro kira-kira 2 bulan lepas tetapi hanya bersetuju pada bulan lalu. Katanya, dia menerima tawaran itu atas dasar ingin mencuba kerana peluang itu mungkin datang sekali dalam seumur hidupnya."Dengan pembabitan Scha selama 10 minggu dalam Sehati Berdansa 3, bermakna Scha tidak boleh terikat dengan banyak tawaran lain. Yang penting buat Scha ketika ini adalah Sehati Berdansa dan sekuel Awan Dania 2 tetapi ia lebih mudah kerana kedua-duanya diterbitkan oleh Astro. Jadi mereka akan menyusun jadual yang sesuai untuk Scha," katanya yang menghoskan program Sehati Sejiwa di RTM.Ditanya bagaimanakah dia akan bekerja tanpa mencampuradukkan hal peribadi dengan Fahrin kelak, Scha berkata: "Kami berdua telah berbincang tentang perkara itu dan rasanya masing-masing sudah faham bahawa tugas lebih penting daripada hal peribadi. Baru-baru ini berdua ada menghoskan program Santai Aidilfitri untuk TV9 dan kami tidak ada masalah dan memang had fun. Fahrin juga tidak memberi tekanan kepada Scha dan dia banyak membantu Scha."Bagi Scha, dia akan bersedia untuk dikritik kelak kerana kerjayanya sebagai pelakon dan pengacara memang terdedah kepada komen serta kritikan masyarakat. "Mungkin ada ketikanya Scha akan rasa down tapi tak apalah, Sha selalu terima kritikan dengan fikiran yang terbuka kerana kita tidak boleh memuaskan hati semua orang. Yang penting kita buat yang terbaik dan memperbaiki kelemahan diri kita," ujarnya yang semakin seksi.

Wajah Peserta Sehati Berdansa 3


PETALING JAYA, 13 OKTOBER 2009: Segala teka-teki telah berakhir apabila 9 pasangan selebriti kan berentap dalam program realiti tarian popular, Sehati Berdansa 3 (SB3) yang akan memulakan siarannya mulai 17 Oktober ini.Mereka yang terpilih adalah Sazzy Falak & Nazril Idrus; Anita Baharom & Ismadi Ismail; Isma & Zul; Enot & Zainul; Dira & Ash; Mirnawan Nawawi & Noorah Mokhsin; Oshin & Firdaus Shukor; Syed Hussein & Noor Diyana; serta Didie & Isham Ismail.
Pengumuman senarai peserta telah diadakah sebentar tadi di Hotel Sunway Resorts, dengan dihadiri oleh semua pasangan terbabit.Program popular siaran Astro Ria ini akan kembali menemui peminat bermula 17 Oktober ini, jam 9 malam menerusi program pengenalan iaitu Kenali Pasangan Sehati Berdansa 3. Sekali lagi murai.com.my dipilih sebagai portal hiburan rasmi program itu. Inilah masanya peminat dapat mengikuti perkembangan mutakhir tentang pertandingan itu terutama paparan berita dan gosip.Anda boleh mendapatkan liputan eksklusif menerusi laman mikro khas iaitu Sehati Berdansa3@murai.com.my. Turut dimuatkan paparan video sebalik tabir, foto serta latar belakang peserta musim ini. Sebelum ini pihak Astro telah membuat pengumuman bahawa hos utama adalah Scha Al Yahya dan Fahrin Ahmad yang mana mereka akan mengendalikan Malam Sehati Berdansa 3 serta Kenali Sehati Berdansa 3. Scha yang juga pelakon Awan Dania telah dipilih menggantikan tempat Linda Onn sebagai hos baru SB3Manakala Awal Ashaari atau nama sebenarnya, Ahmad Awaluddin Shaari akan mengendalikan 4 program iaitu Debaran Sehati Berdansa 3, Detik Sehati Berdansa 3, Di Sebalik Sehati Berdansa 3 dan Memori Sehati Berdansa 3.
Berikut adalah senarai program SB3:Kenali Sehati Berdansa 317 & 18 Oktober, Sabtu & Ahad, 9 MalamDetik Sehati Berdansa 3Bermula 19 Oktober, Setiap Isnin – khamis, 9 - 9.05 Malam Di Sebalik Sehati Berdansa 3Bermula 23 Oktober, Setiap Jumaat, 9 MalamMalam Sehati Berdansa 3Bermula 24 Oktober, Setiap Sabtu, 9 MalamDebaran Sehati Berdansa 3Bermula 25 Oktober, Setiap Ahad, 9 Malam